Wednesday, 21 March 2018

πŸ’œ RENUNGAN PETANG πŸ’œ

*HUKUMAN YANG TIDAK TERASA*

Seorang murid mengadu kepada gurunya:
"Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya sebagaimana mestinya, tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita".

Tok Guru menjawab dengan tenang:
"Betapa kerap Allah menghukummu tapi *engkau tidak merasakannya, tidak menyadarinya"*.

"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang boleh menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq (kemudahan) untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan".

Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari *"kekerasan dan kematian hatinya"*.

Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan bermunajat/beribadah kepadaNya, merendahkan diri kepadaNya sujudkan diri di hadapannya..?

Sedarkah engkau tidak diberikan rasa khusyu' dalam solat... tidak rasa nikmat solat?

Sedarkah engkau, bahawa  beberapa hari/bulan/tahun mu telah berlalu dari hidupmu, *tanpa membaca Al-Qur'an*, padahal engkau mengetahui firman Allah:
"Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke gunung, niscaya engkau melihatnya tunduk, retak, kerana takut kepada Allah".

Tapi engkau tidak tertarik dan tersentuh dengan ayat2 Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya... tidak meminatinya?

Sedarkah engkau, telah berlalu beberapa malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiyamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau berjaga/ terjaga ditengah malam ...

Sedarkah engkau, bahawa telah berlalu atasmu musim musim kebaikan seperti: Ramadhan.. Enam hari di bulan Syawwal.. Sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, dll.. tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya sebagaimana mestinya..??

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu..???

Tidakkah engkau merasakan *beratnya utk mengamalkan ketaatan* (amal ibadah)... perkara2 yang baik disisi Allah..???

Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdo'a kepadaNya..???

Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa *engkau lemah di hadapan hawa nafsu...* lemah kalah  dengan hawa nafsu???

*Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua ini..???*

Sedarkah engkau, yang mudah bagimu mengumpat, mengadu domba, berdusta, membuang banyak masa 'game' dan mencari redha@like manusia,  memandang kpd yang haram..???

Sedarkah engkau, bahawa Allah membuatmu *lupa kepada Akhirat*, lalu Allah menjadikan *dunia sebagai perhatian dan keutamaan terbesarmu dan harta tertinggi*..???

Semua bentuk pembiaran ini dengan berbagai bentuknya ini, hanyalah beberapa bentuk *hukuman Allah kepadamu*, sedang engkau menyedarinya ??? atau
tidak menyedarinya??

Waspadalah wahai sahabatku, agar engkau tidak terjatuh ke dalam dosa dosa dan meninggalkan kewajiban & tanggungjawab...

Kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hambaNya ialah:

*"Hukuman yang terasa" pada harta, pangkat atau anak atau kesehatan atau pandangan manusia.*

Sesungguhnya hukuman terberat ialah:

*"Hukuman yang tidak terasa"*
pada
*_kematian hati_"*
lalu ia
*tidak merasakan nikmatnya ketaatan* dan
*tidak merasakan sakitnya dosa"*

Kerana itu wahai sahabat2ku, Perbanyaklah di sela sela harimu, amalan taubat dan istighfar, baca Quran... semoga Allah *menghidupkan hatimu*...

(Diterjemahkan dari Taushiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan di Masjidil Haram)

ALlahu... ampuni aku yg lemah ini

No comments:

Post a Comment