Saturday 3 February 2018

Jemaah Dakwah & Tablik..

Jgnla di halau mereka bila dtg ke Masjid & Rumah kita..

TABLIGH

1. Pada tahun 1990 an dulu, saya keluar bersama Tabligh. Sewaktu kami di New York seorang sahabat diminta bercakap dalam sesi iman dan amal.

2. Kata beliau, biar kita pijak dunia, bukan peluk dunia. Saya tak faham sangat apa maksud dia ketika itu. Apabila semakin tua, barulah saya mula faham.

3. Apabila kita peluk dan sayang dunia, kita nak semua benda yang ada di atas dunia ini. Kita nak kereta besar, nak rumah besar, nak tv besar, nak sofa besar, nak dapur besar. Akhirnya, hutang kita jadi besar. Dan stress pun semakin besar.

4. Sebaliknya, orang yang pijak dunia tak kisah dengan semua itu. Dia hidup tanpa ropol. Oleh kerana dia hidup minimalist, dia tak perlukan belanja yang banyak dan boleh travel ke sana-sini. Bawa satu beg cukup. Macam Tabligh.

5. Hari ini kita sebut orang yang travel satu beg ini sebagai backpacker. Dalam istilah baru, experience economy. Millennial ramai dalam golongan ini. Mereka kurang cenderung membeli barang tetapi lebih cenderung membeli pengalaman. Mereka minum di Starbucks bukan kerana nak minum kopi atau teh. Kalau nak minum kopi atau teh, di gerai pun boleh. Mereka pergi Starbucks kerana Starbucks menjual pengalaman suasana.

6. Mereka tak perlu beli kereta, ada Uber. Apabila era kereta tanpa pemandu nanti, semua orang tak perlu beli kereta. Panggil Uber saja. Inilah sharing economy. Satu kawasan perumahan boleh berkongsi 10 buah kereta. Nak gunakan, panggil. Dan kereta tanpa pemandu akan tunggu di depan pintu pagar.

7. Orang yang cari makan secara digital nomad tak perlukan rumah. Mereka boleh tinggal di Berlin, Jakarta atau Windhoek berapa lama yang mereka mahu melalui Airbnb. Mereka juga tak perlu ada pejabat. Mereka boleh gunakan coworking space, seperti WeWork.

8. Dalam sharing economy, kita tak perlukan tv lagi. Buat apa buang masa tunggu siaran tv kalau kita boleh tengok YouTube, Netflix dan sebagainya. Facebook pun ada live.

9. Orang yang pijak dunia, tak perlukan harta dan barang. Inilah yang saya maksudkan, bahagia bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita rasai. Ini konsep experience economy.

10. Saya sudah tak lakukan jaulah lagi. Namun pengalaman memikul periuk belanga di subway NYC sewaktu muda mendidik saya sehingga ke hari ini. Sekarang baru saya tahu rupa-rupanya Tabigh sudah lama faham konsep digital nomad, experience economy, dan sharing economy!

No comments:

Post a Comment