Tuesday, 14 November 2017

Sayu je hati ni dapat ziarah Mahazir Uloom Sharanpur tempat ulamak berkumpul belajar dan mengajar di sini sejak 1866 lagi.. kat sini jugak tempat mengajar Sheikhul Hadith Maulana Zakaria Al Kandahlawi rah ulamak yang mengahafal ratusan ribu hadith.. sejuk je mata memandang lihat di sini pelajar alim yang belajar 8 tahun belajar hadith kitab2 besar.. ada lebih kurang 2000 pelajar sekarang ni di sini... masyaAllah..

Masuk je perpustakaan terperanjat begitu banyak nya kitab2 besar berkumpul di sini.. masyaAllah bila diceritakan rupanya kat perpustakaan ni sahaja ada 150 ribu kitab2 yang tersimpan untuk buat rujukan.. ada yang ditulis dengan tangan di atas kulit kayu.. yaAllah Kau maha pemelihara Ilmu Islam ni yaAllah...

Dapat berjumpa dengan maulana salman iaitu menantu maulana zakariya.. dan juga ayah mertua maulana saad damat barakatuhu.. masyaAllah dapat duduk di sisinya sebab boleh cakap urdhu sikit2... sebak rasa sebab sifat ulamak haq ni memang tak ada pada ulamak2 batil.. maulana salman suka puji orang.. dia puji semua jemaah malaysia.. dia kata di malaysia juga ramai ulamak.. padahal dia adalah mudir madrasah yang mana telah lahir kan puluhan ribu ulamak.. tapi sangat rendah diri.. selalu mulut sebut masyaAllah.. beliau mendoakan jemaah supaya kekal dalam usaha dakwah ini... begitu juga ziarah maulana talhah anak kepada maulana zakaria.. beliau dah uzur.. tapi menitis air mata.. sikit sangat bercakap.. dia mendoakan kami.. kami datang dia sedang sibuk baca quran.. saya ambil kesempatan minta doa khas dengan nya.. saya pegang dan cium tangannya dan kata "maulana mereleye doa karna.." maulana doakan saya secara khas "semoga Allah sihatkan awak dan berkatkan hidup awak" sebak dan terus menitis air mata.. lembut je tangan ulamak ni.. rasa lain sangat.. air mata bergelinangan..

Tingginya akhlak ulamak2 haq ni.. dalam hati tersimpan dan menghafal ratusan ribu hadith tapi sangat tawaduk.. rendah diri dan senyum.. terdetik sorang2.. yaAllah.. pilih lah anak saya untuk belajar di sini satu hari nanti..

Betullah antara cara untuk lembutkan hati.. dekatkan diri dengan akhirat banyakan ziarah alim ulamak dan selalu berdamping dengan alim ulamak.. hati yang mati akan hidup.. yang keras akan jadi lembut.. saya rasa balik india nanti saya nak wajibkan keluarga saya anak isteri menziarahi ulamak setiap bulan.. supaya anak2 saya isteri saya sentiasa ada rasa izzah (kehebatan) terhadap alim ulamak... insyaAllah..

Sedih tengok keadaan di negara kita.. sesetengah masyarakat kita hari ni dah tak ada rasa hormat pada alim ulamak.. masing2 ghairah untuk komen terhadap ulamak.. mengutuk mencaci alim ulamak.. hanya disebabkan oleh berbeza aliran atau fahaman.. akhirnya orang awam juga terlibat dalam berkata buruk terhadap ulamak dan ustaz2... yaAllah bala apakah pada kami hari ni.. yaAllah ampunilah kami semua...

YaAllah.. jauhkanlah mulut kami daripada memfitnah alim ulamak.. bersangka buruk pada alim ulamak.. yaAllah jadikanlah kami dan seluruh keturunan kami menjadi alim ulamak yang haq yang dekat denganmu.. amin

Sharelah mudah mudahan ada yang dapat manfaat.. amiiin

Hari ke 19 di India

#storyustaztido
#ustaztidodakwahdiindia

No comments:

Post a Comment