Monday 12 June 2017

Rakaman CCTV Guru Terdesak Paksa Murid 4 Tahun Menghisap Payudara Jadi Tular, Ibu Bapa Mangsa Lapor Polis

Isu gangguan seksual pada masa kini semakin berleluasa seolah-olah tidak berpenghujung apabila sering berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira lapisan masyarakat dan umur. Kes seperti ini harus diberikan perhatian sepenuhnya dari pihak yang sepatutnya demi menangani isu ini yang amat membimbangkan.

Terbaru kes rakaman CCTV seorang guru dengan anak muridnya, seperti yang dilaporkan oleh laman Free Malaysia Today, seorang guru wanita yang dikatakan daripada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah didakwa menjadikan salah seorang pelajarnya yang dipercayai berusia 4 tahun sebagai mangsa tempat beliau melempiaskan nafsunya itu.

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah pusat asuhan di Kampung Mak Chili, Kemaman, Terengganu yang mana guru terbabit dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu di kawasan pusat asuhan berkenaan pada 8 Julai lalu.

Ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dikatakan telah pun melaporkan perkara yang mengejutkan ini kepada pihak polis setelah anak mereka menceritakan segala perbuatan guru terbabit sewaktu kanak-kanak lelaki berkenaan ingin mandi.

Seperti yang dilaporkan kepada pihak polis, guru tersebut telah menyuruh pelajar yang masih bawah umur itu menghisap payudaranya sambil melakukan perkara yang sama terhadap mangsa yang masih tidak faham tentang seksual.

Guru berkenaan turut didakwa telah melakukan perbuatan yang memalukan itu dengan menghisap kemaluan mangsa dan dalam masa yang sama guru itu dikatakan melakukan seks ringan.

Difahamkan, ibu bapa mangsa juga turut melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan taman asuhan terbabit dengan meminta agar guru berkenaan diambil tindakan dengan segera di atas perbuatannya itu.

Menurut kenyataan ibu mangsa, perbuatan yang dilakukan guru berkenaan telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mangsa iaitu menerusi pertumbuhan fizikal dan mental.

Seorang guru sepatut ditugaskan untuk mendidik pelajarnya ke arah kebaikan agar memperolehi kejayaan bukan mengajar sesuatu yang terkutuk seperti itu. Adalah lebih afdal sekiranya guru berkenaan mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan teman atau pasangan ketika bersama bukannya seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa itu hubungan intim. Memalukan.

No comments:

Post a Comment