Monday, 19 June 2017

*السلام عليكم ورحمة الله*

👴🏼 *MESEJ DISEBALIK USIA* 👵🏼

 💧   *Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.*

 💧   *Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.*

 💧  *Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.*

 💧  *Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.*

 💧  *Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.*

 💧  *Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.*

 💧  *Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.*

 ❤  *Akhirnya...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.*

Didoakan semoga kita semua:-

 ●  *Diberkati usia*
 ●  *Dimurahkan rezeki*
 ●  *Ditetapkan keimanan*
 ●  *Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik*
 ●  *Kesihatan yang baik*
 ●  *Berjaya di dunia & akhirat*
 ●  *Sentiasa mendapat rahmat dariNya*
             *Allahu 'alam*
*آمِيّنْ يا ربَ العالمين*

No comments:

Post a Comment