*Wanita Ini Kongsi Mengapa Kita Perlu Mencuci Kurma Terlebih Dulu Sebelum Dimakan, Ramai Yang Terus Makan Tanpa Dicuci*
Setiap kali bulan Ramadhan, buah kurma adalah antara makanan utama ketika untuk berbuka puasa. Selalunya apabila kita ingin makan buah kurma yang dibeli dari dalam kotak, kita akan terus memakannya tanpa membasuh kerana dianggap bersih, suci dan murni.
Satu perkongsian daripada Puan Habibah Badar Bajrai ini akan membuatkan korang semua akan mencucikan kurma dulu sebelum makan selepas ini.
Bapa saudara saya import sendiri buah kurma dari Madinah dan tidak menggunakan mana-mana orang tengah.
Jadi, beliau selalu pergi ke ladang-ladang dan ke kilang kurma. Isteri dia sentiasa mengikut bapa saudara saya itu, merangkap ibu saudara saya. Ibu saudara saya kata, kalaulah korang tengok macam mana diorang uruskan buah kurma, pasti korang tak akan sampai hati nak makan tanpa cuci.
Bukan cuci seperti cuci pinggan ye, cuci seperti lalukan air sahaja, sekurang-kurangnya habuk-habuk yang melekat pada buah kurma itu tanggal. Warna buah kurma pun nampak lagi cantik dan berseri.
Kurma tersebut bukan dipetik terus dimasukkan ke dalam kotak tapi dicampak tanpa belas kasihan dan tanpa perasaan ke atas tanah.
Saya tak mahu cerita banyak, nanti korang makan tak kenyang, mandi tak basah. Nanti siapa yang susah?
Sebelum makan, buah kurma perlu dijirus air dan kemudiannya di toskan. Tak perlu letakkan sabun dan syampu. Selepas itu keringkan dalam suhu bilik sampai kurma berkenaan kering. jangan lupa tutupkan kerana bimbang akan dimasuki binatanag-binatang tertentu.
No comments:
Post a Comment