Wednesday, 17 May 2017

Ramai melayu yang bersimpati dengan David Teoh. Ramai melayu yang mengutuk Mat Over menampar muka David Teoh. Tindakan yang amat memalukan sebahagian besar kaum melayu yang tidak bersetuju dengan tindakan tidak bertamadun tersebut. Perbezaan pendapat perlu dihormati oleh setiap individu. Perbezaan pendapat bukanlah 'tiket' untuk berlaku biadap dan ganas terhadap seseorang. Jutaan kaum cina telah melihat keganasan seorang lelaki melayu terhadap seorang lelaki cina. Seorang lelaki cina telah dimalukan dikhalyak ramai dan sebahagian besar melayu juga turut dimalukan dengan tindakan keganasan seperti itu. Keganasan dari seorang lelaki melayu yang satu negeri dengan pemimpin PAS Abdul Hadi Awang dari Terengganu. Inilah petanda besar yang hayat umno/bn akan berakhir bersama-sama sekutunya pada pru yang bakal tiba. Percayalah, seluruh kaum cina tidak akan berdiam diri bila anak bangsa mereka diperlakukan sedemikian rupa. Perasaan sayu,sedih,sebak,simpati dan marah akan dirasai oleh mana-mana kaum sekalipun jika anak bangsa kita dikasari oleh kaum lain. Percayalah, kaum cina tidak akan membalas dengan keganasan kerana kaum cina adalah kaum yang cerdik dan bijak menyusun langkah dalam membuat keputusan politik. Pembalasan oleh kaum cina cukup berstrategi. Seluruh kaum cina akan menghukum umno/bn dan mana-mana parti yang dilihat menyebelahi umno/bn. Tsunami kaum cina untuk menghukum umno/bn bermula dengan kisah Mat Over vs David Teoh. Luka dihati tidak kelihatan. Luka yang dibuat oleh Mat Over bakal menjahanamkan umno/bn dan sekutunya dari Terengganu.
SAY NO TO BN/PAS

No comments:

Post a Comment