Tuesday, 8 November 2016

KDNKK.

Bersempena SPM paper karangan hari nie sy ingin mengarang sedikit cebisan idea karat dan pada yg berlulusan pendidik sila semak cetusan idea dan luahan hati sy nie dgn teguran ikhlas..

Bersempena isu subsidi minyak sy teringat peribahasa melayu 'bagai aur dan tebing' dan lebih tepat jgk bagai isi dan kuku.. Aur bg sy ialah peniaga dan tebing ialah pengguna.Kmi saling tolong menolong antara satu sama lain. Bagai isi dan kuku ialah peruncit dan pembeli.. Tanpa pembeli mana datangnya peruncit erti kata lain proses jual beli. Maksudnya keperluan asas akan melalui proses jual beli selagi manusia itu bernyawa utk makan.

Saya melihat beberapa pengguna meninjau sebuah rak yang kosong tertera nota 1 pengguna 1paket sahaja. Realitinya tiada paket yg kelihatan di rak. Disebuah rak tertera berjenama 'matahari' berbaris panjang sepi tanpa pembeli ibarat sebuah pameran yg diletak didinding hanya ditonton dan berlalu pergi. Sy percaya jika seorang itu terdesak untuk mengoreng karipap,goreng pisang,cucuq badak, dan seangkatan goreng pasti mencapai jua cap matahari tanpa berfikir panjang. Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. Maka menelanlah air liur kalian..

Berbalik kepada mereka yg tergolong katogeri terdesak ini selalunya berkisarkan peniaga kueh yg memerlukan minyak untuk mengoreng kueh mereka sebagai wang kupang perbelanjaan harian mereka serta wang saku sekolah anak anak. Alangkah sadisnya kueh yg dijual sebiji dengar harga RM0.30 perlu membawa keluar kos operasi yang tinggi. Bagaimana dengan peniaga goreng pisang? Perlukah mereka mengurangkan kos operasi yg sudah ditetapkan harga pembelian?

Kesinambungan dari kos operasi yg tinggi akan memberi impak yg besar kepada kos jualan. Peniaga mana yang tidak mahu untung? Saya percaya strategi kegawatan ekonomi memberi kesan perbelanjaan pengguna dan pengguna pasti mencari yang murah asalkan dapat masuk kemulut. Peniaga yg tertekan terpaksa mengekalkan harga tapi mengurangkan kualiti. Itu lah yg terjadi kebelakangan ini.
Goreng pisang RM2 tinggai 5keping dan hirisan sama tebal dgn kertas serta daun trup..

Kesimpulan disini beberapa organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan perlu menjawap isu tersebut pertama, sekiranya hanya 1kg paket dikekalkan subsidi tetapi dimanakah paket tersebut? Yang kelihatan tong berjenama nike adidas dan puma saja di rak berkenaan. Apakah langkah penjimatan pengguna yang disarankan seperi ayam yang bertelur tersebut.. Riuh sekampung tapi tiada isinya.. Akhir sekali apakah cadangan sekiranya peniaga tidak dibenarkan naikkan harga setelah kos operasi dinaikkan? Jadilah rakyat tanggalkan baju bersalut kerajaan dan turunlah didapur peniaga jika ingin melihat denyut nada rakyat.

No comments:

Post a Comment