Wednesday, 21 September 2016

Sebenarnya saya nie cukup malas nak mengomen hal ini.Tapi saya selaku pelihat dan pemerhati post- post di sini harus juga mengomen di status anda.Mungkin anda akan berasa letih membacanya tapi saya tetap mahu menulis sepanjang ini kerana saya begitu berharap anda akan membacanya.Saya merasakan bahawa saya wajib mengomennya dan itu terpulang kepada anda jika anda tidak mahu membacanya.Saya merasakan jika saya mengomen di status anda,saya berasa comment sayalah yang paling bagus dari semua comment- comment yang ada di status anda.Mungkin ada yang mulutnya akan berbuih jika membaca comment ini.Tapi saya selaku pengoment akan tetap menulis sepanjang mana comment yang saya dapat tulis.Saya meminta maaf jika comment ini membuatkan anda menyampah dan ingin memblock anda dari status kawan saya.Tapi saya redoh dengan keputusan itu.Mungkin dalam fikiran anda,anda berfikir kenapa saya mengomen sepanjang mungkin.

Kerana saya sudah jelaskan tadi,saya selaku pengoment harus memberi komen terbaik dari yang terbaik dari pengoment-pengoment yang lain.Bagi saya,ini satu kepuasan bagi saya jika saya dapat mengoment status anda sepanjang yang mungkin dan saya harap comment sepanjang ini dapat memuaskan hati saya dan juga semua pihak.Saya merasakan bahawa anda harus membaca comment ini kerana ini juga salah satu ilmu dan anda harus terokai.Jika saya menulis comment ini sepanjang- panjang mana yang boleh.Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran bertulis saya terhadap komputer.Untuk pengetahuan anda,saya menghabiskan masa selama 30 minit menulis comment ini dan saya berasa ini comment terbaik dari yang terbaik yang pernah saya tulis.

Maafkan saya sekali lagi,tapi saya harap anda mengerti comment saya yng begitu panjang ini.Mungkin sekarang nie sebahagian dari pembaca sudah matanya juling kerana pening membaca comment ini.Tetapi ini ialah hakikat,saya tetap mahu mengommentnya.Saya sangat menghargai anda kerana anda sanggup tekan "See More" semata-mata mahu membaca comment saya.Saya sangat terharu dan ini juga membangkitkan semangat saya bagi terus mengomment dan mengomment status anda sebanyak yang mampu.Bagi menulis comment ini,saya telah membeli KFC dan juga PIZZA HUT bagi membolehkan saya tidak keletihan bagi mengoment status anda ini.Kerana saya merasa anda ialah seorang yang sangat bertuah kerana telah mendapat comment saya nie.Mungkin sebahagian dari tuan punya status ini suka dengan comment saya ini,dan mungkin juga sebahagiannya tidak suka,tapi saya tetap berharap supaya anda menyukai comment saya kerana saya telah menghabiskan duit bagi membeli KFC dan PIZZA HUT SEMATA- MATA mahu mengomment di status anda ini.

Kerja saya di facebook ini hanyalah mengomment status orang dan ramai sekali menyampah dan ada juga orang ketawa melihat comment saya yang begitu panjang lebar nie.Saya berharap selama anda membaca comment saya ini.Sedikit-seb anyak ada juga ilmu yang akan masuk ke kepala otak anda.Sebenarnya saya berfikir mahu menulis lagi.Tetapi saya fikir cukuplah comment saya setakat ini kerana saya berfikir,mesti ada orang sudah masuk hospital gara-gara membaca comment saya dan saya rasa seperti ingin menambah lagi sekerat dua ..dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengoment lagi sikit dekat status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya tidak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang.

Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak langsung komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status anda.

Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar.

Kerana itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya disini...TQ.......Tahniah kepada yang dapat menghabiskan baca komen ini..

No comments:

Post a Comment