Wednesday 2 March 2016
The Malaysian Insider
BAHASA
Penstrukturan semula Petronas kurangkan kira-kira 1,000 jawatan
Published: 1 March 2016 9:13 PM
Kakitangan Petronas di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur menunggu pengumuman syarikat yang bermula petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mac, 2016.
Kakitangan Petronas di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur menunggu pengumuman syarikat yang bermula petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Mac, 2016.
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan terdapat kira-kira 1,000 jawatan berlebihan dan sedang melakukan rombakan beberapa eksekutif kanan selepas melakukan kajian strategik, ketika syarikat minyak dan gas milik kerajaan itu berusaha mengatasi masalah harga minyak yang menjunam.
Petronas merupakan salah satu syarikat terbesar Malaysia dan mempunyai kira-kira 51,000 orang kakitangan, menurut laporan tahunan 2014.
Kejatuhan harga minyak mentah sebanyak 70% sejak pertengahan 2014 menjejaskan kewangan syarikat minyak di seluruh dunia, termasuk Petronas, yang membentuk kira-kira satu pertiga daripada hasil minyak dan gas kerajaan Malaysia.
Awal minggu ini, syarikat itu mencatatkan kerugian bersih suku tahunan dan mengesahkan rancangan mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
Petronas dalam satu kenyataan di laman webnya hari ini menyatakan, ia sedang berusaha menempatkan semula pekerja yang terlibat dengan isu lebihan pekerja.
"Petronas akan memulakan proses pemisahan seterusnya bagi pekerja-pekerja ini seperti yang diperlukan, yang dijangka selesai dalam masa enam bulan akan datang," katanya.
Pengumuman itu dibuat selepas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin bercakap kepada pekerja pada satu sesi perjumpaan 'town hall' yang ditunggu-tunggu di Kuala Lumpur.
Struktur baharu itu juga melibatkan pelantikan baharu kumpulan pengurusan Petronas yang berkuat kuasa mulai 1 April.
Kenyataan tersebut turut menyatakan, beberapa eksekutif yang tamat kontrak perkhidmatan bakal meninggalkan syarikat itu.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/penstrukturan-semula-petronas-kurangkan-kira-kira-1000-jawatan#sthash.fnNaGLnD.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment