Monday, 7 March 2016

Tapi ada seorang je budak aras Sha tak pernah tegur dia.. Tapi Sha selalu jugak berbalas senyum dengan dia.. Tapi budak perempuan ni, kadang² je dia senyum. kadang² dia tak senyum langsung.. Tapi muka dia bapak masam plus scary kot..haha.. Suatu hari Sha tanye roomate Sha.. Nama dia Syira a.k.a keding.. Sha tanya kat keding ni.. "wehh, keding.. hang kenal tak budaq kat depan bilik kita tu..??" Sekali keding cakap camni.. "budak mana hang tanya ni..??" Sha cakap laa.. "budak prempuan duk depan bilik kita nii.. Takkan hang xnampak?" Keding pon jawab.. "hang gila apa..mana ada orang duk kat bilik depan kita ni". Sha geram.. Sha jawab balik.. "ade la senget oii..minah tu pepagi mesti senyum kat aku". Keding pun bagitau kat Sha, "Sha..kat depan tu tak ada sapa² duduk pun.. Hang tak percaya hang pi tengok depan bilik dia, tak ada pun kertas yang bagitau ada penghuni kat dalam bilik tu". Jadi, Sha pun dengan muka confident nak pergi tengok kat bilik tu.. Skali Sha nampak perempuan yang Sha cakap kat keding tu. Masa tu Sha tak percaya cakap keding, sebab Sha nampak perempuan tu masuk bilik dia dan perempuan tu senyum kat Sha.. Bagi Sha keding tu mungkin tak perasan kot ade penghuni kat depan bilik 33 ni. Ataupun keding tu saja je nak kasi Sha rasa seram nak lalu kat bilik tu. Satu hari ada seorang kakak AJK pusat Islam ni kena hesteria kat hostel perempuan Damai 3 aras 1 bilik 24. Kebetulan Sha lalu situ dan tiba-tiba je.. Ada sorang kakak ni panggil Sha, mintak tolong Sha masa tengah uzur. Tapi di sebabkan tak ada sapa berani pegang, Sha pon beranikan diri Sha untuk pegang kakak tersebut. Mula² pegang Sha rasa meremang bulu roma ni seram semacam dah satu badan.. Entah macam mana ada AJK pusat Islam lelaki datang tolong masa tu.. Sha pun balik bilik Sha sendiri. Semasa perjalanan nak balik bilik. Sha nampak ada hantu hostel merangkak ke arah Sha. Masa tu, Sha cepat² jalan balik bilik.. Bila dah sampai kat bilik, roomate Sha buka pintu bilik sebab dia panas. Sha masuk je dalam bilik.. Sha terus tutup pintu bilik Sha tu, sebab Sha takut menda tu masuk bilik. Semasa Sha tengah baring, roomate Sha ni marah Sha sebab Sha tutup pintu bilik tu, dia cepat² pergi buka pintu.. Sha tak sempat nak cakap jangan buka. Masa tu apa lagi.. melambak benda tu masuk dalam bilik.. Sumpah masa tu, badan² Sha terasa kena cucuk² dan macam orang cubit kuat². Nauzubillah.. Sakit sangat masa tu.. Dah la benda tu terlalu buruk.. Duduk dekat Sha. Sha punya takut dan tak tahan sakit sampai Sha menangis², kakak Mekar bawa Sha pergi ke surau Damai.. Tapi Sha makin teruk sakit.. Sebabnya Sha nampak benda tu terlalu banyak sangat².. Sampai Sha tak mampu nak tahan takut. Akhir sekali, Sha dibawa ke pusat Islam untuk di pulihkan oleh ustaz. Masa Sha dalam proses nak dipulihkan, macam² Sha lalui.. Sakitnya tak payah cakap la. Memang sangat sakit.

No comments:

Post a Comment