Wednesday 2 March 2016

Perdana Menteri berkata, secara peribadi beliau mengucapkan terima kasih kepada kerabat diraja Arab Saudi atas sokongan mereka sejak berdekad lamanya kepada Malaysia. – Gambar fail Reuters, 2 Mac, 2016. Perdana Menteri berkata, secara peribadi beliau mengucapkan terima kasih kepada kerabat diraja Arab Saudi atas sokongan mereka sejak berdekad lamanya kepada Malaysia. – Gambar fail Reuters, 2 Mac, 2016. Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia tidak akan melupakan sokongan kerabat diraja Arab Saudi kepada negara sejak sekian lama. Perdana Menteri berkata: "Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerabat diraja Arab Saudi atas sokongan mereka sejak berdekad lamanya. Kami sentiasa menghargai, dan tidak mungkin akan melupakannya." "Daripada Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta pendahulu-pendahulu Baginda yang dihormati, kami di Malaysia amat bertuah kerana berterusan mempunyai rakan yang dipercayai," katanya melalui akaun Facebook dan Twitternya malam ini. Perdana menteri kini dalam rangka lawatan kerja ke Arab Saudi selama 4 hari sejak Isnin. Beliau turut berharap Forum Ekonomi Jeddah (JEF) yang dihadirinya, serta lawatan kerjanya itu, adalah satu daripada pelbagai acara dan cara bagi Malaysia membalas serta memartabatkan lagi persahabatan dengan Arab Saudi dalam semangat wasatiyyah dan kerjasama. – Bernama, 2 Mac, 2016. Share with others 0 2 Google +0 0 0 Print Comments Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments 0 COMMENTS - See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/sokongan-kerabat-diraja-arab-saudi-kepada-malaysia-tidak-akan-dilupa-kata-n#sthash.Jr9JROjD.dpuf

No comments:

Post a Comment