Wednesday 2 March 2016
Penduduk bergegas mencari tempat perlindungan di kawasan yang lebih tinggi susulan gempa bumi 7.9 magnitud melanda luar pesisir pantai barat Sumatera, malam ini. – Gambar Reuters, 2 Mac, 2016.Penduduk bergegas mencari tempat perlindungan di kawasan yang lebih tinggi susulan gempa bumi 7.9 magnitud melanda luar pesisir pantai barat Sumatera, malam ini. – Gambar Reuters, 2 Mac, 2016.Indonesia mengeluarkan amaran tsunami malam ini berikutan gempa bumi kuat dan beberapa gempa susulan di luar pesisir pantai barat Sumatera, kawasan yang teruk dilanda tsunami serta gempa di Lautan Hindi pada 2004.
Menurut Agensi Meteorologi Nasional, amaran itu dikeluarkan untuk wilayah Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh selepas gempa bumi 7.9 magnitud.
Bagaimanapun, kata agensi itu, usaha menyelamat mungkin terjejas berikutan keadaan gelap di kawasan tropika Nusantara.
Menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan kira-kira 808 km ke barat daya Padang pada kedalaman 10 km.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan gegaran dapat dirasai di kawasan tertentu di negara ini, kira-kira jam 8.50 malam tadi.
Tiada laporan segera berhubung kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini, namun gempa bumi susulan boleh menyebabkan kerosakan.
"Setakat ini tiada laporan (kerosakan) lagi," kata Andi Eka Sakya, seorang pegawai Agensi Meteorologi Nasional kepada TVOne.
"Di Bengkulu (pantai barat daya Sumatera) mereka tidak merasai gempa sama sekali."
Presiden Joko Widodo bermalam di sebuah hotel di Medan di Sumatera Utara dan keadaan di sana selamat, kata pegawai istana presiden.
Seorang penduduk Medan berkata beliau tidak merasai gempa bumi itu.
Sementara itu, negara jiran, Australia mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan di pantai barat.
Indonesia, terutama Aceh yang teruk dilanda tsunami pada 2004.
Gempa 9.15 magnitud yang melanda pada 26 Disember 2004, menyebabkan ombak setinggi 17.4 meter membadai beberapa negara dan mengakibatkan penduduk hilang tempat tinggal.
Bencana itu mengorbankan 126,741 nyawa di Aceh.
Indonesia yang terletak dalam "Lingkaran Api Pasifik", zon seismik paling aktif, di mana plat yang berbeza di bawah kerak bumi bertemu dan menyebabkan sejumlah besar gempa bumi dan gunung berapi. – Reuters, 2 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/indonesia-keluar-amaran-tsunami-susulan-gempa-7.9-magnitud-landa-sumatera#sthash.sBopNaNp.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment