Wednesday 2 March 2016
Pemeriksaan awal di Stesen Kuasa Elektrik Hidro Sultan Mahmud di Kenyir (Empangan Kenyir) mendapati tiada sebarang kesan fizikal akibat daripada gegaran gemba bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Ritcher yang dikesan di Tasik Kenyir.
"Tiada sebarang petanda kerosakan struktur yang mungkin menjejaskan integriti dan kestabilan empangan itu," kata Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang membina dan memiliki empangan itu.
Syarikat itu berkata semasa kejadian gempa bumi tersebut yang berlaku jam 9.25 malam pada Selasa dan dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia, instrumentasi empangan itu mengesan aktiviti seismik sangat rendah, jauh di bawah had selamat reka bentuk empangan itu.
"Berikutan insiden tersebut, satu pemeriksaan menyeluruh ke atas empangan itu dan kemudahan berkaitannya sedang dijalankan," kata syarikat utiliti nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.
Semua empangan yang dibina TNB mampu menahan aktiviti seismik berskala rendah hingga sederhana mengikut standard antarabangsa. – Bernama, 24 Februari, 2016.
Share with others
0 0 Google +0 0 0 Print
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments
SHOW COMMENTS
Berita Berkaitan
Kerajaan setuju teliti semula dasar perumahan negara
BAHASA
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/tiada-petanda-kerosakan-struktur-empangan-kenyir-kata-tnb#sthash.3jnCxM1D.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment