Cara Lengkap Cepat Mudah Buat Pizza, Topping Homemade Sendiri

Bismillahir Rohmaanir Rohim dan Assalamualaikum buat sahabatku.
Cara lengkap cepat mudah buat pizza, topping homemade sendiri. Beberapa bulan lalu santapan sekeluarga menyambut hari lahir anak dengan hidangan pizza yang katanya SUPER POWER hasil air tangan ayah dan ibunya SANA. Itu tak cukup pizza sahaja lain item juga turut di sediakan..
Bawah sambungan entrinya..
Spaghetti bersama kuah cheese..
Encik sepai geti kata si kakak
Encik sepai geti kata si kakak
Sup cendawa..
sup cendawan wajin sebagai pembuka selera baru turun dari periuk sudha ada yang sambar masuk dalam piring jilat lagi..
Wajib sebagai pembuka selera baru turun dari periuk sudah ada yang sambar masuk dalam piring jilat lagi..
lasagna ayam..
tak ada tak sahlah...yumieeee
tak ada tak sahlah…yumieeee
Cara lengkap cepat mudah buat pizza, topping homemade sendiri. Chef cilik adalah anak Suri. Homemade toping sendirisahaja laju serah pada dia kita duduk jer hadap makanan dekat meja makan heee…
“Kami suka makan pizza kerana ini adalah masa untuk bersama keluarga dan dapat makan satu meja dengan anak- beranak memanglah ia salah satu aktiviti wajib kami setiap hujung minggu.”
saya chef baru tukar tempat ibu
saya chef baru tukar tempat ibu
Masa ini mulut dia pok..pek..kata nanti nak bantu ibu sediakan bahan dan bancuhan doh sampai jadi bulat..takat siapkan bahan dulu bolehlah harapkan..nak uli doh katanya penat.. dah ibu..
Belajar cara membuat pizza dan makan pizza dengan sepuasnya tak cukup kalau tak turunkan ilmu masakan ini pada anak-anak”
Alhamdulillah dia mudah tangkap..sebab anak-anak sekarang pantang didik ke dapur depa laju jerhh ðŸ˜‰ belum ajak basuh periuk, basuh sudu bab main buih sabun tuh dia sukalah ambil kesempatan..
Inilah ilmu namaya bukan untuk kita belajar nak tunjuk yea..cuma bagi bukti saya, suami dan anak berjaya buat pizza sendiri. Rasanya anda lagi hebat dari kami sekeluarga.
Siap pizza si kakak..
Cara lengkap cepat mudah buat pizza, topping homemade sendiri
Cara lengkap cepat mudah buat pizza, topping homemade sendiri. Pupuklah minat ini dari kecil lebih lagi dalam berjimat-cermatkan bagus untuk tumbesaran pada waktu ini kita lentur buluh dari awalnya dahulu.
Nah inilah hasil tuainya.. Jom sentap.. masih panas ni baru keluar dari oven tau!
Legalah hati saya bila anak faham esok lusa kita cakap dia dengan mudah buat pizza sendiri cuma pantau dari dekat sahaja.
p/s:Teringin nak buat pizza tabur atasnya isi ketam dan cheesee sahaja yeah…bila tarik cam getah kenyal jadinya..makan panas lagi sedap. Yeeehaaa..


Cara Mudah Menyuburkan Pokok Bunga Mengantuk Kesayanganku

Bismillahir Rohmaanir Rohim dan Assalamualaikum buat sahabatku.
Jangan kata tidak wujud nah inilah penangan entri untuk pendahuluan bernada cara mudah menyuburkan pokok bunga mengantuk kesayanganku.. hik..hik..hik..
Ada wujudkah pokok bunga mengantuk sayang??
Tak pasti ayuh baca butir ni haa.. hula.lalaa…
Bagaimana nak bagi pokok bunga yang kita tanam menjadi subur, gebu, mekar selalu dengan keadaan suri rumah yang katanya sibuk sahaja dari awal pagi sehingga menginjak ke malam.
Mari lihat bahan apa yang diperlukan sebagai cara terbaik, mudah, jimat pernah daku lakukan sepanjang jadi Suri rumah kataku nak buat kerja semua mesti laju…laju ak..ak..ak ðŸ˜‰
Bahan-bahan yang comel semua ada dekat ceruk dapur rumah masing-masing..
  • Air
  • Beras
  1. Kaedahnya ya teman sekalian alam buana hii…macam biasa beras kita rendam dengan air. Jadi kita akan dapat air basuh beras dan selawatlah air beras dan itu jangan sekali di buang sayang..di ulang sayang..
  2. Ambil air yang takung itu cukup ambil basuhan dalam dua ke tiga basuhan atau bilasan air beras itu kita tadah.
  3. Masukkan dalam satu bekas khas. Gambar macam bawah ini. Ikutulah banyak mana pokok bunga korang tanam itu hee..
Nota idea: Kalau kata dekat rumah ada banyak tanam bunga ambil pati basuhan beras tadi bahagikan tiga bahagian dan campurlah dengan air paip ya. Kalau nak tuggu masak nasi dalam sehari empat kali agak mustahilkan hiii..
Cara mudah menyuburkan pokok bunga mengantuk kesayanganku. Inilah dia hasilnya.. sapa tahu bawah ini pokok apa? heee..
Sure pokok ini Suri pakai air siraman beras sahaja. Nak tahu kisah yang sebelumnya pasal pokokbunga ros ada SANA dan SINI masih cukup molek suburnya.
Maaflah gambar yang Suri ambil kurang terang tapi suka bunganya lebat. Manakala bahagian bawah dia masih ada anak-anak daun tengah nak tumbuh gitu.
Pengalaman dan cara siram pokok bunga guna air basuhan beras..Mencanak-canak kalau di siram hari-hari. Apa pun Suri tak siram pokok bungan ini setiap hari tapi sesekali sahaja. Mengikut pengalaman Suri kalau guna air paip biasa masa siram pokok bunga tengoklah sehari dua ke nak seminggu tak siram pokok cepat sahaja layu macam nak mati..tapi bila Suri guna air siraman beras ok sahaja tetap segar gebuh..masih kuat bertahan lagi segarnya.
Nampak itulah bekas air basuhan beras Suri heee..ada dua bekas sahaja. Takat ini jelah yang mamapu yang lain pokok daun like daun kari daun-daun hiasan sahaja alahai..
Cara mudah menyuburkan pokok bunga mengantuk kesayanganku …masih ada pelik kenapa diberi tajuk pokok bunga mengantuk?
Kerana tuannya bukan selalu siram pokok bunga..pokok berdaun asyik kemas rumah, layan anak, tertido idak bersiram pokoknya hari-hari haaa…katanya tuannya sedang enak di buai tidur. Apa nak buat kita layan sahaja siram beras jangan risau pandai-pandailahlah dia nak hidup nanti. ðŸ˜‰
Satu lagi tips lepas siram jangan korang blah sahaja cakap-cakaplah sama itu pokok dia orang pun bernyawa cam kita juga hee..
..rindu sama belog ini..
..terima kasih kerana kamu semua sudi menjeguk..baca entriku ini.. ðŸ˜‰

Al Kisahnya Meniti Kehidupan

Bismillahir Rohmaanir Rohim dan Assalamualaikum buat sahabatku.
Alhamdulillah sampai juga hari jumaat..bersyukurlah kerana masih beri masa untuk mengecapai nikmat muka bumi ini. Hurm.. sekejap sahaja rasanya Suri meninggalkan blog ini berjalan sendiri sedar dengan tidak kita dah nak ke penghujung bulan rupanya huhu..
Maaflah ya sebab sudah lama bebenar blog cahayacinta.com tidak berupdate haaa..ada banyak sebab kalau senaraikan rasa ada 4 perkara sahaja kot eh…eh..hiii
Sebahagian kerja yang sempat Suri hadap sepanjang blog ini tidak bertuan..
  • Lupa 2014 boleh tengok jahit kain jarang dekat SINI. Dapur punya langsir ada SANA. Jahit kepala langsir yang gambar daun itu ada tah mana ceruk entri letak dah lupa hiii..
si kecik udah mula bergolek dan main nyorok-nyorok balik kain langsir..
si kecik udah mula bergolek dan main nyorok-nyorok balik kain langsir..
  • Jahit langsir biru gelap untuk pintu masuk bilik dan langsir pintu gelongsor. Semua buat dalam masa 2 hari sahaja alahai inilah dia kalau menjahitnya buat sendiri puas hati sendiri makan masa nak lengkapkan jadi ia sebuah langsir. Akhir siap sepenuhnya dengan jayanya.
  • Tetamu dari Melaka mai Ipoh. Bahagia bila ada tetamu datang ke rumah lagi mak ayah dan kakak datang rasa rumah meriah sangat-sangat. Walaupun penat memasak tapi hati tetap gembira.
bersiap untuk berperang ke medan dapor
bersiap untuk berperang ke medan dapor
  • Sambungan pada majlis INI easy jubah kerjaku lagi. Jubah princess cut menyusu jubah kembang payung ke jubah potongan biasa tak ada masalah nak jahit siap hantar semalam adjust labuh kain sahaja. Part akhir tinggal nak tambah manik bagi germelap mata yang memandang jadi silau-milau haaaaa.. ðŸ˜‰
  • Fokus pada keluarga dan bayi untuk persediaan jumpa doktor pakar pediatrik kanak kanak. Ini salah satu task kerja sebagai seorang suri rumah..isteri katanya bagi dia makan secukupnya.. Banyak berfikir jadi emosi sungguh..
Pelikkan. 
Kampung halaman sendiri sudah ada pantai masih juga nak mandi-manda kat tempat lain.
  • Bercuti yey..yey..ke Pulau Pangkor sungguh seronok. Ada tak blogger sini yang berasal dari negeri sana habak mai kat Suri. Nak nombor telefon korang sebab rasanya nak datang sana lagilah huhu… ðŸ˜‰ atau korang pernah ke sana pls pm dekat bawah yer. TQ
Itu sahajalah kalau ada yang nak bertanya tentang 4 item atas silakanlah heee…

Review Crabtree & Evelyn London Lily Body Lotion

Bismillahir Rohmaanir Rohim dan Assalamualaikum buat sahabatku.
Dia masih tidur lagi..nampak gaya saat inilah ada masa sedikit berbaki untuk hadap my belog yang terchinta lalalalala..
Saat loading blog sudah buka note kecil mula menyerah diri kepada si tuannya telah bersedia  untuk di catat segala barang dapur yang telah kehabisan stok barang untuk di masak. Sambil tangan sebelah on  samsung nak masuk gambar dalam entri blog eii..
katanya dalam nada hati  harap internet tak slow.. anak tak bangun dengan cepatnya amin..
Banyak benda yang nak kongsi tapi mana satu..haaa..Apa kata kali ini Suri share satu barang baru Suri dapat haritu hii.Padahal sudah dapat penghujung tahun lepas..haaa… ðŸ˜‰
Buka pintu gelongsor jer terus dapat hadiah ini ewah hati siapa yang tak kembang setaman ngheee.. :)
Mula tu dia bagi ini hadiah dahulu..beg yang sungguh besar dan chomel pulak watak kartunnya  :)
Ok fine kita tengok apa ada isi didalamnya pula. Rupa-rupannya ada beg kecil bentuk panjang lagi..waduh..dup..dap..dup dap..jantungku mencuba meleraikan masalah misteri ini..
Tara!!!
Just nak review produk kecantikan Crabtree & Evelyn Londonkatanya ini losyen badan antara yang terbaik untuk musim krismas 2015.
  • Lily body lotion  ini 245mL aduhai berkurun nak habis ni wei..
  • Suri suka bauan bungaan lily rasa kalau boleh makan sure selamat duduk dalam perot hii..
  • Mula ambil baunya dahulu.. kemudian tepek dekat tangan secolik dua hurm..boleh tahan bau dia tak kuat sangat lembut sahaja tau..
  • Kaedah seterusnya sapu losyen dekat pergelangan tangan, siku, kaki, leher  tang pelipat yang mudah berpeluh tu haaa..barulah bau hamis pergi bau wangi akan mari haa….
  • Bila sapu serius losyen kecantikan badan lily Crabtree & Evelyn  tidak melekit dekat tangan. Seolah-olah tangan kita jadi kasar akan lembut serta-merta. Kalau tangan di basahi air sekalipun tak terasa tangan kita macam melengas..
  • Tekstur ringan dan harum kekal jugalah.
  • Wajib pakai selepes mandi atau relaks minda or untuk pikat hencik suami hik..hik…
Apa pun terima kasih untuk  yang sudi memberikan hadiah ini kepada Suri. Serius stok lama ada lagi tapi nampak gaya bertambah lagi dei..Walaupun Suri bukan tegar memakai losyen ini tapi hati ini tetap hargainya.
Alhamdulillah terima kasih moga si pemberi ini akan di murahkan rezeki lagi. Amin.
Eh, sapa bagi ini kawan ker suami haaaaa.. ??

Gigi Geraham Berlubang Tampal Part II Aku Bikin Kecoh

Bismillahir Rohmaanir Rohim dan Assalamualaikum buat sahabatku.
Entri lepas tentang gigi dan kehamilan boleh jejak INI. Al-kisah sambungan gigi berlubang wajib tampal PART II kembali lagi haaa….rata-rata itu yang doktor dan rakan taulan sarankan. Biarkan ia kekal sebab mudah kita nak menguyah makanan dengan lebih syahdu gitu haa..
Sebelum rawatan gigi dilakukan ada juga cakap dengan doktor saya punya gigi ini doktor tampalkan gigi kekal ya. Bukan apa takut juga sekali sudah siap doktor buatnya tampal gigi tak kekal kes azab pada aku dibuatnya. Sebelum bermula baik aku tanya itu ini.
Eiiiiii..
Soalan kedua saya kepada doktor gigi lagi..
Doktor seminggu sekali gigi saya ini makin kerap sakitnya boleh tak doktor cabut gigi geraham saya ini supaya ia tak datang sakit sekali lagi?
Doktor kata lubang gigi saya besar dan kedalam. Kalau semasa dan selepas dua ke tiga hari gigi sakit baru kita akan cabut dan buang gigi bongsu itu. Untuk rekod terbaru gigi awak ini saya lihat sungguhpun ia lubang besar dan kedalam tapi gigi bongsu atas dan gigi bongsu bawah masih elok dan kukuh lagi.
JIKA selepas rawatan gigi tampal ini masih sakit awak sarankan datang klinik kembali untuk mencabut gigi sedia berlubang itu untuk elak rasa sakit berulang.
Doktor ada kesan sampingan ke jika gigi geraham saya bahagian kanan bawah ini cabut?
Ya. Ada kesan sampingan menurut kata doktor jika gigi bongsu di bawah telah buang kemungkinan gigi bahagian atas akan sakit dan buang juga. Sebab salah satu pasangan gigi ini telah buang ia akan makan masa lama untuk sakit dan terpaksa juga untuk gigi cabut.
Pengalaman tampal gigi geraham a.k.a gigi bongsu kanan bahagian bawah klinik kerajaan
  • katanya menggunakan rawatan laser dengan cara matikan akar dibahagian bawah gigi sakit.
  • gigi geraham yang siap di tampal akan berwarna putih susu bukan warna kelabu macam simen itu.
Selepas itu sambung lagi buat rawatan mencuci gigi klinik kerajaan:-
Tak minta buat SCALLING a.k.a mencuci karang gigi kerana getaran ini buat mulut rasa nyilu tapi doktor kata boleh buat kebetulan pesakit tak ramai masa kejadian ini heee..
Selepas beberapa jam tampal gigi dilakukan..
  • Masih rasa denyut selepas gigi geraham tampal. Rasa sakit dari dari awal jam 10.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.
  • Waktu ini kepala rasa nak pecah air mata mudah sahaja menitis. Lagi tension bang huiii nak menyusukan bayi yang baru lahir beberapa bulan strees gak buatnya..
  • Mujur ada pandol telan jugalah sebiji sahaja. Ya, masih ada ubat tahan sakit jual kedai farmasi atau klinik pergigian swasta tapi mereka tidak berani bagi ubat pada suami sebab Suri minta ubat tiada kesan sampingan pada bayi huhu..
Menu makanan sesuai  selepas menerima rawatan tampal gigi:
  • Galakkan makan makanan yang lembut seperti bubur.
  • Menu bihun sup juga galkkan juga.
  • Banyakkan minum air kosong.
P/S: Ini draf entri penghujung tahun punyalah ada dalam sekitar bulan november. Tapi tak sempat nak publish. Baru awal tahun nak publish ekeke…Oopss.. PART III korang wajib tunggu apa akan jadi yang keseterusnya huaaa…
Sungguh tension gilo tapi tak apa redha sahaja .. ðŸ˜‰sesungguhnya rasa sakit itu datang dari Allah dan yang memulihkannya juga dariNYA.
Kecohlah aku asyik tanya itu ini kata doktor aku ini ramah -tamah bangat haa..jadinya aku senyum dan abaikan jerlah..