Tuesday 8 March 2016
Nuffnang Ads
Sharafie.Net
Sekadar Panduan Hidup Sebenar
Home » Koleksi Cerita Seram » Kisah Misteri Pelawat Arwah Abah
Kisah Misteri Pelawat Arwah Abah
February 3, 2013 By Sharafie 6 Comments
Kisah seram ini merupakan kisah benar yang dialami oleh Kuntum sendiri. Kisah ini melibatkan Kuntum dan keluarganya semasa arwah ayah Kuntum sedang nazak menghadapi maut. Jom baca kisah seram sebenar ini sepenuhnya..
Kisah Misteri Pelawat Arwah Abah
Assalamualaikum.. Terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan cerita saya ni.. Tak perlulah kreditkan kisah misteri ini dengan nama penuh saya. Memadai dengan menggunakan nama KUNTUM..
Saya dianugerahkan Allah untuk merasai kehadiran entity yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sekali-sekala dapat melihat mereka.. Selalunya saya sendiri tidak sedar itu adalah mereka sehinggalah bila dikaji semula siapakah mereka yang saya nampak.. Mungkin sebab mudah sangat nampak agaknya..
kisah misteri
Kelebihan ini semakin menjadi-jadi semenjak saya berkahwin.. Paling kerap setiap kali mengandung.. Selalu juga mengadu pada arwah abah.. Namun sebagai seorg ayah yang bijaksana dia hanya menenangkan saya dengan mengatakan jika sesuatu perkara itu sering difikirkan maka itu la yang akan kita nampak.. Maknanya macam mainan perasaan la.. Tak cukup dengan itu arwah abah berpesan supaya membaca ayat² yang boleh dijadikan pendinding diri daripada syaitan dan spesis² nya..
Arwah abah adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Allah dan dia banyak menurunkan pengetahuan² agamanya kepada saya.. Arwah juga merupakan rujukan bagi kenalan-kenalannya berkaitan hal² agama.. Cerita ini adalah yang paling menghantui diri saya shingga saat saya menaip sekarang ni.. Awal tahun 2011 keluarga kami diuji Allah dengan pemergian Arwah…
Seminggu arwah ditahan di CCU kerana Lung Infection.. Doktor mencadangkan supaya kerongkong arwah ditebuk kerana sukar untuk mengeluarkan bendalir yang berada didalam paru-parunya.. Tetapi ahli keluarga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan procedure itu kerana arwah selalu berpesan tidak mahu diperlakukan sebegitu..
2 hari arwah abah terlantar dirumah tanpa salur makanan dan juga bantuan oksigen. Sayu hati memandang namun hati tetap berdoa sapaya dia disembuhkan Allah. Pada pagi hari pemergiannya, saya duduk di hujung kaki sambil membaca surah Yassin manakala mak duduk di satu sudut rumah dengan pandangan sayu terhadap lelaki yang dicintainya.. Sedang saya membaca surah Yassin, datang la sahabat arwah melawat dia duduk dibahagian kepala sebelah kanan arwah, pakcik Akob namanya.. Di saat saya menghabiskan bacaan Yassin saya, datang lagi 3 orang sahabat arwah abah..
Saya tak pernah tengok sahabat abah yang ini.. Mereka bersalaman dan mencium tangan abah.. Tapi tiada sorang pun yang mengambil Yassin dan membacakannya untuk arwah abah.. Cuma salah seorang daripada mereka merapati arwah abah dan berbisik.. Saya lihat abah seolah² menganggukkan kepalanya.. Mereka bertiga berpakaian segak putih bersih.. Sesudah itu lelaki yang berbisik ditelinga abah bersalaman lagi diikuti dengan kawan²nya lalu meninggalkan rumah kami dan saya dalam termanggu²… Dalam kepala saya kenapa la diorang ni tak bacakan Yassin untuk abah..??
Dengan perasaan tak berapa nak puashati saya pergi kat mak “mak.. Siapa dia tadi tu datang bersalam dengan abah siap cium² tangan tak pernah nampak pun” mungkin dalam keadaan sugul mak pun jawab… ”Alahh kak, abah awk tu bukan awak tak tau.. Anak² murid dia la agaknya”. Saya pun melupakan hal itu dan menuju ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari dengan adik beradik yg lain..
Petang tu selepas Asar arwah semakin nazak dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas maghrib.. Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan mereka² yang beriman…Amin… Selepas pengebumian dan selesai tahlil selama 3 hari saya seolah² terpanggil² untuk mengingati tentang 3 orang lelaki yang datang melawat arwah abah.. Ringan pulak mulut saya bercerita dengan kakak saya sebab saya rasa peristiwa tu macam khayalan je.. Tahu apa kakak saya kata “kak..kak Wa ada masa tu tengah baca Yassin kat kepala abah sebelah kiri.. Memang tak ada sape² yang datang"..
"Tapi kak Wa ada dengar awak bercakap dengan mak dan memang jelas kak Wa dengar mak jawab soalan awka tu.. Pape pun memang kompom tak ada sapa datang melawat abah melainkan pakcik Akob..” Fuhh berderau-derau darah masa tu… Siapakah mereka akan menjadi persoalan sampai bila².. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Maaf la ini bukan cerita hantu mahupn cerita seram.. Kisah misteri barangkali… -Kuntum-
Kisah Misteri Pelawat Arwah Abah
Terima kasih KUNTUM kerana sudi berkongsi kisah misteri ini dengan kami semua. Semoga roh arwah berada dikalangan golongan yang beriman. Al-Fatihah.. Mungkin di sebalik peristiwa yang KUNTUM alami mempunyai hikmahnya. Dalam sedar atau tidak sahaja KUNTUM menyedarinya. Serahkanlah semuanya kepada Allah untuk menentukannya. Sekian, terima kasih.
Related
Kisah Seram Misteri Panggilan Telefon Daripada Arwah
January 28, 2014
In "Koleksi Cerita Seram"
Kisah Misteri Laluan KL - Kuala Selangor (Kisah Benar)
June 22, 2015
In "Koleksi Cerita Seram"
Cerita Hantu Misteri Penumpang Tanpa kepala Di Lebuhraya Ayer Keroh
July 9, 2015
In "Kisah Misteri"
Filed Under: Koleksi Cerita Seram
Tagged With: himpunan kisah seram, kisah benar seram, kisah misteri, kisah seram sebenar, koleksi cerita seram, koleksi gambar seram, koleksi kisah seram, misteri pelawat arwah abah, pelawat berbaju putih
CONNECT WITH ME
About Sharafie
Telah mula menulis blog sejak 2009. Merupakan seorang penulis blog untuk mengisi masa lapangnya. Segala perkongsian beliau di dalam blog ini merupakan hasil kerja kreativiti beliau di samping berkongsi cerita menarik dan fakta yang boleh menjadi panduan hidup bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment