Wednesday 2 March 2016

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan yang dijumpai di Mozambique baru-baru ini masih belum dapat disahkan pesawat asalnya. – Gambar fail Reuters, 2 Mac, 2016. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan yang dijumpai di Mozambique baru-baru ini masih belum dapat disahkan pesawat asalnya. – Gambar fail Reuters, 2 Mac, 2016. Satu serpihan ditemui di sepanjang pantai Afrika timur antara Mozambique dan Madagascar mungkin daripada bahagian ekor pesawat Malaysia Airlines yang hilang 2 tahun lepas, lapor NBC News malam ini. Memetik penyiasat Amerika Syarikat, Malaysia dan Australia yang melihat gambar kemungkinan serpihan itu, NBC berkata ia merupakan sebuah penstabil pada pesawat Boeing 777. Ia merupakan jenis pesawat yang sama seperti penerbangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur apabila pihak berkuasa terputus hubungan dengan pesawat berkenaan pada Mac 2 tahun lalu. Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan itu, dan pihak berkuasa Mozambique tidak mempunyai maklumat mengenai sebarang objek di luar pantai wilayah Inhambane, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Inacio Dina. Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai berkata, serpihan yang dijumpai di Mozambique baru-baru ini masih belum dapat disahkan pesawat asalnya. Beliau berkata, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia akan bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya dari Australia untuk mendapatkan serpihan dan juga menentukan asal-usulnya. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat enggan mengulas dan meminta soalan ditujukan kepada pihak berkuasa Malaysia yang menyelia siasatan itu. Boeing juga enggan mengulas, dan menujukan semua soalan itu kepada pasukan penyiasat. NBC berkata, seorang lelaki Amerika Syarikat menemui serpihan di tebing pasir di Selat Mozambique yang mengesan tentang pesawat hilang itu. Jurutera yang melihat serpihan itu berkata, terdapat peluang cerah serpihan itu dipunyai pesawat MH370, NBC memetik sumber rapat dengan pasukan siasatan. NBC memetik sumber sebagai berkata satu serpihan kelihatan seperti satu bahagian pada pesawat Boeing 777 dan jurutera Boeing sudah memeriksa foto tersebut. Pihak berkuasa Australia memberitahu NBC mereka mengatur siasatan mengenai serpihan itu, yang kemungkinan dihanyutkan. Pihak berkuasa di sana berkata, mereka sedang meningkatkan usaha mencari pesawat hilang yang membawa 239 penumpang. Laporan itu dibuat selepas pihak berkuasa berkata tahun lepas, mereka menemui sekeping sayap pesawat di tepi pulau Reunion di Lautan Hindi di Madagascar. Pihak berkuasa berkata serpihan lain yang dilaporkan bukan bangkai pesawat MH370. – Reuters, 2 Mac, 2016. Share with others 0 1 Google +0 0 0 Print Comments Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments 0 COMMENTS - See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/serpihan-dijumpai-di-mozambique-mh370#sthash.LUXOJQZm.dpuf

No comments:

Post a Comment