Wednesday 2 March 2016
Mahathir benar, ini kalilah
Demi Malaysia
2 Mac 2016, malam 9:00
Dikemaskini 2 Mac 2016, malam 10:31
ULASAN Saya adalah seorang pengkagum Mahathir Mohamad. Beliau seorang yang berani. Di masa-masa krisis seperti sekarang ini, kita sebenarnya memerlukan lebih ramai orang-orang yang berani.
Walaupun sudah berumur 90 tahun tetapi Mahathir telah menyatakan kesanggupan beliau untuk didakwa dan dipenjara di dalam penentangan beliau terhadap rejim Najib (dan Rosmah). Keberanian Mahathir mengalahkan kita yang muda.
Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, Mahathir adalah seorang yang pintar, licik dan strategis di dalam menggunakan kedudukan dan kuasanya serta alat-alat negara untuk menundukkan musuh-musuh beliau khususnya ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang pemimpin yang punya wawasan jelas untuk negara-bangsa Malaysia yang dipimpinnya. Sama ada kita setuju atau tidak dengan wawasan dan jalan yang dipilih oleh Mahathir untuk merealisasikannya itu satu perkara yang lain.
Namun begitu rekod ketrampilan Mahathir sebagai seorang pemimpin yang hebat dan dikagumi dunia dirosakkan khususnya di mata ramai orang Melayu dengan tindakan beliau memecat Anwar Ibrahim melalui tuduhan yang sampai sekarang diragui kesahihannya.
Walaupun kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir khususnya dalam soal-soal kehakiman, kebebasan media, hak asasi manusia dan demokrasi mendahului tindakannya memecat Anwar Ibrahim, namun di mata ramai orang Melayu kesalahan terbesar beliau adalah kerana memecat dan mengaibkan Anwar Ibrahim dan keluarganya.
Mahathir seorang nasionalis
Apa pun satu hal yang kita perlu akui Mahathir adalah seorang nasionalis. Malahan buat saya tindakan beliau memecat Anwar Ibrahim pada waktu itu salah satu daripada faktornya adalah kerana dorongan sentimen nasionalisme beliau. Konteksnya adalah krisis kewangan 1997/1998 yang telah meranapkan ekonomi banyak negara-negara di Asia Tenggara.
Anwar dilihat lebih cenderung menyebelahi kapitalis global dan internasional yang diwakili oleh IMF, World Bank dan Amerika Syarikat manakala Mahathir cenderung mengambil sikap menyebelahi kapitalis nasional dalam krisis kewangan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment