Wednesday 2 March 2016
Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur 2 tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.
Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara 5 hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.
"Maafkan saya puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.
Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart & Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi, di Kuala Lumpur, jam 11.19 malam, 29 Februari lepas.
Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar. – Bernama, 2 Mac, 2016.
Share with others
33 40 Google +0 0 0 Print
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments
2 COMMENTS
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/ibu-dipenjara-sehari-denda-rm200-kerana-curi-milo#sthash.dhLoRMrG.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment