Wednesday, 2 March 2016
39
Zaid hairan kalau Muhyiddin masih dalam Umno
Anne Muhammad
2 Mac 2016, tengahari 2:15
Dikemaskini 2 Mac 2016, petang 3:55
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau hairan sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin masih ingin bersama dengan Umno.
Ia kerana, beliau melihat Umno tidak mempunyai masa depan malah yakin parti Melayu itu akan tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Saya percaya dia akan bersama Tun Dr Mahathir. Saya hairanlah kalau dia masih kekal dalam Umno.
“Umno ini parti nak kalah dah. Jadi saya rasa tidak masuk akallah kalau kita nak kekal dalam parti yang nak kalah. Dia patut masuk group yang nak menang,” katanya dalam temuramah bersama Malaysiakini, FMT dan Berita Daily.
Bagaimanapun Zaid berkata, semua keputusan Muhyiddin akan ditentukan tuan punya badan dalam sidang media Khamis ini.
Umno tiada masa depan
Zaid ketika ditanya mengenai masa depan Muhyiddin dalam Umno berkata:
“Tak taulah… pada saya Umno has no future (Tiada masa depan). Future dia macam sekaranglah, tangkap sana tangkap sini, itu ajalah nyawa yang ada lagi.
"If Umno has a future means we have no future (Kalau Umno ada masa depan maksudnya kita semua tidak ada masa depan),” katanya.
Semalam Muhyiddin berkata, buat masa ini beliau masih dalam Umno walaupun jawatannya sebagai timbalan presiden sudah digantung dan disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, beliau akan menjelaskan kedudukannya pada sidang media dijangka Khamis ini
Jumaat lalu Majlis Tertinggi (MT) Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti Melayu itu berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas Muhyiddin.
1
ARTIKEL BERKAITAN
52
Penganalisis tak jangka Muhyiddin buat keputusan dramatik 2 Mac 2016, pagi 9:27
15
'Mahathir keluar Umno tak beri kesan besar pada parti' 2 Mac 2016, pagi 10:00
81
Buat 'rakan seperdosaan' dalam Umno 2 Mac 2016, tengahari 12:00
145
Nazri harap Muhyiddin pun tinggalkan Umno 1 Mac 2016, pagi 8:00
63
Terima kasih Tun M keluar Umno 1 Mac 2016, tengahari 11:46
26
Terpulang pada Muhyiddin mahu tanding presiden Umno 1 Mac 2016, tengahari 11:59
Other stories you may be interested in
10 Haute Couture Spring 2016 looks we love
Buro 24/7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment