Tuesday 1 March 2016
171. Berdiri di atas perkara dan topik ini, teringat saya petikan kata-kata Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama besar negara dari Pulau Pinang, yang juga Nenda kepada mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi.
172. Sheikh Abdullah Fahim mengatakan, bahawa orang Islam perlu memperbaiki perbalahan sesama mereka dan setelah berdamai, penyatuan yang terbina itu diharap akan berkekalan. Kerana, itulah satu-satunya senjata yang boleh memperkuatkan perpaduan orang-orang Melayu dan Islam.
173. Malah, apabila bercakap tentang perpaduan ummah ini juga, teringat saya kepada ayat suci Al-Quran, yang dimasyhurkan oleh pujangga Arab bahawa jika kita terlalu suka pada seseorang atau sesuatu kumpulan, maka berpada-padalah, kelak kita mungkin menjadi terlalu benci padaseseorang atau kelompok itu.
Sebaliknya, jika kita terlalu benci pada seseorang atau sesatu kumpulan, maka berpada-padalah juga, mana tahu satu hari kelak, kebencian itu berubah kepada rasa suka dan cinta kepada mereka.
174. Maka saudara dan saudari,.. kita di dalam UMNO, berasa lega, malah gembira, pabila PAS, kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.
175. Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturrahim,… kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya.
Saudara dan saudari,
176. Walaupun demikian, sekalipun kita begitu mendambakan satu perpaduan ummah, namun, di atas segalanya yang paling utama dan paling mustahak, marilah mendokong usaha untuk kesatuan dan solidariti dalaman UMNO itu sendiri terlebih dahulu.
Saudara dan saudari,
177. Kerana itulah, meskipun hati saya telah terguris dan terluka dengan begitu mendalam, tetapi saya selaku Presiden, mengambil pengajaran daripada agama kita,. saya memilih untuk berjiwa besar.
178. Tambahan lagi, sebagai satu Jemaah dan organisasi, sudah tentu kita mempunyai disiplin tersendiri.
179. Sebagai mana Islam telah meletakkan garis batasan, tiap sesuatu itu ada sempadannya.
180. Makanya, saudara dan saudari, janganlah kita sesekali melangkaui sempadan dan batasan itu.
Saudara dan saudari,
181. Atas segalanya, jika Sukarno pernah berkata, berikan daku 10 pemuda, nescaya aku mampu menggegarkan dunia.
182. Saya pula, Najib Razak, mahukan terdiri dan terbangunnya sepasukan wanita, pemuda dan puteri yang taat lagi setia, BANTULAH SAYA, memacu Malaysia menuju puncak hingga ke mercunya.
183. Biar mati berkalang tanah, perjuangan UMNO tidak akan dibiar musnah.
184. Gantungkanlah azam dan semangat yang tinggi, setinggi bintang di langit, biarpun ada yang berpaling tadah,
biar berkali-kali kita ditolak supaya rebah, there shall be no retreat, no surrender,..no retreat!!! no surrender!!!
185. Demi kepentingan Islam, Melayu, UMNO dan Perpaduan Ummah.
Berpaut dan bertawakkal kepada Allah, perjuangan UMNO ini, kita sempurnakan jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment