Wednesday, 1 October 2014


Untuk bersangka baik, kemungkinan pemilik kenderaan yang berasap hitam tebal dan berkepul-kepul ini sebenarnya ialah seorang yang begitu mencintai alam sekitar yang kotor. Mereka ini sangat bertanggungjawab untuk menambahkan bilangan pesakit batuk, TB, kanser serta masalah penyakit pernafasan di negara Malaysia ini. Bukan sekadar itu, mereka ini amat menyayangi wang dan duit mereka untuk menyervis kenderaan mereka akibat dari sifat berjimat cermat yang disemai oleh ibu bapa mereka. Kebiasaannya, orang-orang baik yang sebegini akan mati cepat kerana berjiwa suci. Maka ayuhlah kita mendoakan pemergiaan mereka dengan segera ke alam baqa.
8.       Bawak kereta suka ‘brake-brake’

Bukan break-dance dan bukan juga Brad Pitt. Kejahanaman pemandu-pemandu yang begitu gemar memijak pedal brake ketika sedang memandu di jalan yang kosong, lurus dan tiada halangan, begitu menjengkelkan dan meloyakan tekak pemandu yang terpaksa mengikut di belakang pemandu bangang begitu. Sudahlah jalan di hadapan kosong tiada kenderaan di hadapan mereka, bawa pula kejap laju kejap perlahan. Tiada angin tiada ribut, sikit-sikit brake, sikit-sikit brake. Apa bontot kenderaan kau dah lapar nak kena sondol dengan jengkaut ka? Sila bawa laju-laju dan masuk ke dalam parit. Semoga kenderaan yang suka sangat ditekan pedal brake nya itu akan brake buat selamanya.

9.       Suka memandu perlahan untuk tengok kemalangan di tepi jalan

Inilah dia sikap keprihatinan yang amat menebal dalam diri para pemandu kenderaan di Malaysia yang amat suka memandu perlahan hingga jalanraya di belakang jadi sesak/jammed hingga jutaan kilometer jauhnya. Bukannya turun membantu, tapi sekadar memandang. Mungkin kerana ingin menjiwai peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, puluhan juta pemandu Malaysia amat gemar memandang segala kemalangan yang berlaku di tepi jalanraya. Maka mereka inilah yang menjadi batu penghalang ke-produktivitian rakyat Malaysia yang lain dengan menyesakkan jalanraya. Semoga mereka juga akan kemalangan supaya orang lain pula dapat memandang dan tengok mereka.

10.   Membuang sampah keluar tingkap di atas jalanraya

Membuang sampah seperti plastik, botol air, tin-tin kosong serta sampah-sampah lain (puntung rokok dimaafkan sebab cukai yang terlalu tinggi dibayar oleh para perokok kepada kerajaan) adalah salah satu amalan jijik yang diwarisi oleh sejenis beruk yang baru berevolusi menjadi manusia. Mungkin rupa sahaja macam manusia tapi pemikiran dan siviknya sama macam beruk, monyet ataupun babi hutan. Ini kerana beruk, monyet dan babi hutan yang hidup liar di hutan sana semuanya tidak perlu fikir tentang kebersihan dan kesucian alam sekitar. Jikalau pemandu kita suka membuang sampah merata-rata di atas jalanraya, apakah bezanya dengan babi hutan yang menyondol taik di dalam limbah? Kedua-duanya adalah pengotor bukan?

No comments:

Post a Comment