KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mohon semua pihak bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyelesaikan beberapa insiden yang berlaku di Pulau Pinang.
Perdana Menteri pada masa sama meminta semua pihak tidak melatah dan mengeruhkan lagi keadaan demi menjaga keharmonian negara.
"Apa pun yang kita nak lakukan, ianya mestilah berpaksikan the rule of law", tegas Najib.
"Biarkanlah pihak berkuasa ambil tindakan selanjutnya. Inilah masa untuk kita berada dalam keadaan yang tenang dan tidak melatah dalam apa jua keadaan sebab ianya boleh membawa kemudaratan kepada negara kita", tambahnya lagi.
Najib berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan buku Maps of Malaya and Borneo: The Collection Of Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah and Datuk Richard Curtis disini.
Beliau mengulas mengenai beberapa indisen yang berlaku di Pulau Pinang yang disifatkan boleh mencetus keharmonian negara.
Terbaru, Gereja Assumption di Lebuh Farquhar diserang dua biji bom buatan sendiri awal pagi Isnin.
Ketua Polis Pulau Pinang, SDCP Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata, dua bom buatan sendiri itu dibaling ke kawasan lapang gereja tersebut kira-kira jam 1.30 pagi.
Ia berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) digantung di luar gereja tersebut.

No comments:
Post a Comment