Thursday 23 January 2014



Blogger BeautifulNara dirompak, BMW dikebas penyamun!


Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, Sungai Buloh petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

“Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341 ~ Wowberita

Makluman..

Jika sebelum ini aku ada meletakkan beberapa printscreen dari komentator yang menggunakan nama Sos Kiram yang meninggalkan URL beautifulnara sebagai alamat emailnya.. berikutan dari penafian oleh Nazuwan Ahmad sendiri bahawa beliau bukanlah Sos Kiram itu maka aku keluarkan printscreen itu..

Dan dalam masa yang sama juga aku memohon maaf dari pemilik portal hiburan BeautifulNara atas tuduhan itu..

1 comment: