Wednesday, 14 March 2018

[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. sharing is caring

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka! "Tapi cakap:"Jom solat, Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
 SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN

Tuesday, 13 March 2018

HEBATNYA AIR

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..

Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia dan jua diakhirat
Aameen Aameen Ya Rabbal A'lameen

Monday, 12 March 2018

Assalamu'alaikum para sahabat yg di kasihi....
Izinkan saya utk berkongsi maklumat berkaitan kejadian pecah rumah yg berlaku pada 28/2/2018 yg lalu.... 2 buah rumah telah di masuki yg mengakibatkan kerugian agak besar di kwsn kejiranan kita.....
Terdapat sedikit kelainan yg ada kecanggihan....
Penjenayah dlm berkumpulan... guna DRONE....eyes in the sky... membuat surveillance bagi mengenal pasti rumah yg nak di masuki... pilihan utama... rumah yg tuan punya tiada dirumah atau keluar sekeluarga ... terutama waktu malam....
Drone akan berlegar diatas.... penjenayah memasuki rumah... disarmed the alarm system.... dan menggelidah rumah... dgn mengekal hubungan melalui drone dan rakan sejenayah  yg menunggu di dlm escape vehicle... mungkin lebih dari sebuah... berkemungkinan dgn no pendaftaran palsu ... di sekitar kwsn rumah mangsa ..... drone juga digunakan utk mencari jalan keluar yg selamat seandainya mereka terkepung.....
Oleh itu... diminta sahabat2 semua beri perhatian dan peka kepada objek yg ada diatas ..... dan bersegeralah bertindak utk alert pihak berkuasa dan jiran2.... kita mesti peka dan bermuafakat menyebar maklumat.... jgn keterlaluan... minding our own businesses only.... berusaha bersungguh2 sebelum berserah kpd Allah....


Untuk ingatan kawan2...di terima dari Fasa F Tmn Melawati
Semasa di Kakrail masjid Dhaka, seorang ulama Indonesia dijemput utk menyampaikan tazkirah 10 minit. Beliau berkata, saya jumpa seorang ulama yang sedang memberikan ceramah. Tapi setiap 5 minit beliau menitikkan artificial eye drop ke dalam matanya. Diulang setiap 5 minit. Maka saya pun bertanya kepadanya

"ya Sheikh, kenapa kamu sering menitikkan air ke dalam matamu?"

"Ketahuilah bahawa di dalam mata kita Allah telah beri satu urat di mata tugas urat ini ialah membasahkan mata kita apabila mata kita kering. Kedua-dua urat ini telah diambil kembali oleh Allah. Jadi setiap kali mata saya kering saya harus menitikkan air mata palsu ini agar mata saya lembab. Begitulah keadaan berterusan siang dan malam."

"Ya Sheikh, bagaimanakah kamu tidur pada waktu malam??"

"Setiap 5 minit saya akan bangun kerana mata saya terasa begitu panas apabila kering maka saya akan segera menitikkan airmata ke dalam mata saya."

Dengan suara yg tegas, ulama Indonesia ini berkata kepada kami, "tuan-tuan, kita selalu lupa siapa Allah. Bila Allah ambil satu nikmat daripada kita, baru kita kenal siapa Allah! Kalau malaikat Izrail dah pegang roh kita, masa itu baru kita kenal siapa Allah!"

Tersentap jantungku. Iya, aku selalu lupa pada Allah.

"Maka nikmat manakah yang kamu dustakan??"

-nukilan Qarmizi

Saturday, 10 March 2018

Rokok dah di hisap, baru jumpa hadis, cmna ek? mari berjuang, INI jihad. Mujahadatunnafs.

R O K O K . Rasulullah SAW pernah bersabda
(maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum
di akhir zaman, mereka suka menyedut asap
tembakau dan mereka berkata: Kami adalah
umat Muhammad padahal mereka bukan
umat ku dan aku juga tidak menganggap
mereka sebagai umat ku, bahkan mereka
adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A
yang mendengar sabda tersebut bertanya:
“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh
wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “
Sesungguhnya setelah Allah menciptakan
Adam dan memerintahkan para malaikat
untuk sujud (tanda penghormatan) kepada
Adam, seluruh malaikat kemudian sujud
kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong
dan termasuk Orang-orang yang kafir. Allah
bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang
menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika
Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih
baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan
ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah
engkau dari syurga, sesungguhnya engkau
terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir.

Iblis keluar dalam ketakutan hingga
terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis
itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang
dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda
lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam
neraka dan sesungguhnya tembakau adalah
tanaman yang keji”

#sudahdiberitau. jika
tidak ingin berubah.. anda tanggung dosa
sehingga ke akhirat..

-Ustaz Azhar Idrus-        
Merokok  adalah senjata Yahudi yang paling berjaya  , nak tahu kenapa ?        
Sebabnya : Mana ada orang hisap rokok bermula dengan BISMILLAH. Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH.     Menyalakan api adalah kesukaan syaitan..Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...     Sebarkan Demi Islam...      
astarfirullah'halazim.. allahuakbar
#fakta.
#sdikit tzkirah
TANYALAH USTAZ TV9
9.3.2018
(Da'i Hadhari&Ustaz Datuk Kazim Elias)

*BAGI,JANGAN TAK BAGI"*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tajuk berkaitan dgn nafkah.
Nafkah adalah perbelanjaan yg dibawah tanggungan kita.
Nafkah dgn sebab perkahwinan,hubungan kerabat,kepada pemilikkan(hamba)
Tajuk hari ini adalah nafkah utk isteri dan anak².
Bila sebut sahaja SAH ketika berkahwin,nafkah pun bermula.
JANGAN FIKIR KAHWIN NAK SERONOK SAHAJA,BANYAK YG PERLU DIFIKIRKAN.
Allah pesan bertaqwalah pada Allah dalam bab nafkah.

ADAKAH SEORANG SUAMI JUGA DIPERTANGGUNGJAWABKAN BERI NAFKAH JIKA PENDAPATAN TAK CUKUP DAN BERKATKAH BILA SUAMI MERUNGUT DGN KATA HABIS DUIT AKU?
Suami kena cari kerja lebih supaya utk mencukupkan nafkah.
Seorang suami tak boleh cakap tak mampu nak beri nafkah.
Suami kena cari rezeki utk mencukupkan.
Bila dah usaha dan masih tak cukup barulah isteri bantu.
Jangan cakap habis duit aku kerana beri nafkah pada isteri adalah sedekah yg paling baik.
Nafkah ada 2:
Nafkah zahir dan nafkah batin
Nafkah zahir ialah pakaian,makanan,tempat tinggal.
Seorang suami kena adil pada ibunya sendiri dan isteri.
Nafkah batin ialah memgembirakan isteri,memberi ilmu,memberi keseronokan.
BELUM SEMPURNA LAGI JIKA SUAMI TAK BERI ILMU PADA ISTERI.
NAFKAH BATIN BUKAN HANYA DIATAS KATIL.

ADAKAH BOLEH ISTERI MENCURI DUIT SUAMI KERANA SUAMI KEDEKUT?
Pada zaman Nabi ada seorang isteri yg bertemu Rasulullah bertanyakan bolehkah dia ambil duit suami kerana suaminya sangat berkira.
Kata Rasulullah boleh ambil utk kegunaan anak² dan seisi rumah.
Boleh ambil dan ini bukan mencuri.
Dan jangan gunakan duit itu utk kegunaan sendiri.

BOLEHKAH ISTERI TANGGUNG NAFKAH RUMAHTANGGA KERANA GAJI ISTERI LEBIH BESAR?
Suami tetap menguasai isteri walaupun isteri tanggung nafkah rumahtangga.
Walaupun suami tak berkerja,isteri wajib taat pada suami.
Walaupun gaji suami rendah,isteri tak boleh ambil tugas suami.
Isteri yg membantu ada pahala utk isteri.
SUAMI YG TERLANTAR(lumpuh)DAN TAK BERKERJA MAKA TERLEPASLAH TANGGUNGJAWAB SUAMI.
Tujuan perkahwinan adalah suami yg kena tanggung nafkah keluarga.

BAGAIMANA HUKUM SUAMI YG BERCERAI DAN TAK PERNAH LANGSUNG BERI NAFKAH PADA ANAK²?
Mahkamah yg menentukan kadar nafkah.
Isteri boleh menuntut di mahkamah.
Boleh buka aib suami di mahkamah utk menuntut hak isteri.
Kalau suami tak nak pergi mahkamah suami terlepas di dunia tapi tak akan terlepas di akhirat.
Anak² yg masih bersekolah,nafkah anak² dibawah tanggungjawab suami.
Bagi anak² yatim,bapa saudara atau ibu saudara serta atok yg kena tolong.
Jangan hantar anak² saudara kita yg telah menjadi anak yatim ke rumah anak² yatim.

BENARKAH ISTERI YG NUSYUS(derhaka)TAK BOLEH DAPAT NAFKAH DAN BAGAIMANAKAH YG DIKATAKAN ISTERI YG NUSYUS?
Jika takut isteri nusyus,suami kena ajar atau didik isteri,tinggalkan tempat tidur dan pukul dgn tujuan mendidik.
Isteri yg nusyus tak boleh terima nafkah pada hari itu(cth jgn beri makan pada hari itu sahaja)
Isteri nusyus ialah isteri yg ingkar pada arahan suami,menengking atau meninggi suara pada suami,keluar rumah tanpa izin,minta cerai tanpa sebab,melaga~lagakan hubungan antara ibu dan suami dan isteri yg ada hubungan dgn lelaki lain itu juga adalah nusyus.

BOLEHKAH ISTERI MINTA BANTUAN PADA KELUARGA?
Inilah pengorbanan isteri yg tak boleh lihat anak² susah.
Inilah sifat bertolong tolongan.
Ketika inilah adik beradik kena tolong menolong.

SUAMI TAK BERI DUIT BELANJA,BERDOSAKAH ISTERI TAK SEDIAKAN MAKANAN UTK SUAMI SEDANGKAN SUAMI TAK BERI DUIT BELANJA?
Kadang² suami sibuk belanja kawan² diluar.
Tak wajib belanja kawan²,dahulukan isteri dan anak².
Isteri kena minta duit belanja.

APAKAH HUKUM SUAMI LEBIHKAN IBUNYA SEDANGKAN ISTERINYA TAK DIBERI NAFKAH?
Kalau ibu menghalang beri nafkah pada isteri,ibu itu berdosa.
Suami kena beri nafkah pada ibu dan beri juga nafkah pada isteri.
Kerjasamalah utk jaga ibubapa.

SUAMI BAGI RM500 TIAP² BULAN UTK KEPERLUAN RUMAH DAN TAK CUKUP SAYA TAMBAH PAKAI DUIT SAYA.SAYA ISTERI NOMBOR DUA.
Syarat poligami adalah mampu.
Jika tak mampu bermakna telah menzalimi isteri².
Berbincang suami isteri supaya selamat dunia akhirat.
Isteri yg berkerja,berpahala utk membantu suami.
Isteri kena redha jika tak redha tak dapat pahala.

JIKA ISTERI YG KATA TAK PAYAH BERI DUIT KERANA SAYA DAH BERKERJA,INI TAK MENJADI MASALAH KERANA ISTERI SUDAH REDHA.

IBUBAPA KENA FAHAM,ANAK² KITA DAH KAHWIN JANGANLAH MENGHARAP PADA ANAK KERANA ANAK JUGA ADA TANGGUNGJAWAB PADA KELUARGANYA.
BOLEH TINGGAL SERUMAH DGN MAK MERTUA DAN SUAMI BUATLAH SATU BILIK KHAS UTK ISTERI.

SAYA ISTERI KEDUA DAN TAK DAPAT LANGSUNG DUIT POKET DARI SUAMI TAPI SAYA DAPAT DUIT DARI MENGAJARKAN AL~QURAN,BAGAIMANA USTAZ?
Seorang suami kena ada ilmu sebelum poligami.
Inilah risiko kerana jadi isteri nombor dua.
Mungkin susah sekarang tapi senang kemudian.
Mengajarkan Al~Quran banyak keberkatannya.
Kalau tak sanggup hidup bermadu,janganlah bermadu.
Jika sanggup bermadu,terimalah risikonya.
JANGAN BERMUSUH JIKA SUDAH SANGGUP BERMADU.

ILMU SANGAT PENTING SEBELUM BERLANGSUNGNYA PERKAHWINAN,APA PENDAPAT USTAZ?
Perkahwinan atas dasar cinta sahaja,ini yg ditakutkan.
Nafkah bukan hanya pada beras,kesihatan isteri dan mendidik isteri itu juga nafkah.
Jika tak ilmu asas dalam rumahtangga,rumahtangga tak akan seronok.

JIKA NAK BERKAHWIN DGN ORG YG BARU MASUK ISLAM,PERGILAH MENUNTUT ILMU DULU SEBELUM BERKAHWIN.
IBUBAPA KENA BIMBING MENANTU YG BARU MASUK ISLAM.
TOLONG MENOLONG DAN BUKAN MENGADU DI FACEBOOK.

TANGGUNGJAWAB ISTERI IALAH LAYAN SUAMI DAN JAGA ANAK².
SUAMI YG YG BERTANGGUNGJAWAB UTK NAFKAH RUMAHTANGGA.
PENDAPAT ISTERI ADALAH REZEKI ISTERI DAN SUAMI KENA MINTA IZIN ISTERI JIKA NAK AMBIL DUIT ISTERI.

BAGAIMANA SUAMI YG PENTINGKAN HOBI DARI TANGGUNGJAWAB?
Utamakan tanggungjawab dahulu.
Utamakan yuran anak² dan duit sewa rumah dulu.
Utamakan yg berhak dulu, dah selesai semua baru boleh habiskan pada hobi.

SEBAGAI SEORANG SUAMI MEMANG SUSAH.
BIAR SUSAH SIKIT DI DUNIA ASALKAN SENANG DI AKHIRAT.
TERUSKAN BERI NAFKAH IN SHAA ALLAH ALLAH AKAN MENGANTIKAN DI AKHIRAT.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
* TARGHIB DA'I *

Banyak orang yang merasa dalam dakwah tetapi sebenarnya ia tidak dalam dakwah. Dakwah adalah sarana tarbiyah umat untuk mencapai sifat-sifat yang di kehendaki Allah swt secara bertahap-tahap. Jadi sudah seharusnya semakin kita banyak dan sering berdakwah maka akan tumbuh dihati kita sifat-sifat yang dikehendaki Allah swt.

Maulana yusuf Rah.A
Mengatakan:Ada org yg merasa berada dlm kerja dakwah, tetapi sebenarnya dia tdk berada dlm kerja dakwah. Yaitu org yg pandai bayan, mudzakarah, dsb. Namun tdk ada enam sifat dlm dirinya.

Maulana Ilyas Rah.A
Mengatakan: Ada satu hal yg mengerikan dlm kerja dakwah ini yaitu org yg sibuk membentuk jamaah cash tp tdk mengusahakan enam sifat dlm dirinya

Keberhasilan seorang da’i bukan diukur dari banyaknya yang ikut dengan dakwah mereka, pandai bayan / ceramah , pandai mudzakarah atau pandai memimpin musyawarah melainkan sejauh mana rasa ketergantungan da’i tersebut kepada Allah swt, sebagaimana Ibrahim as ketika dalam kobaran bara api Nambrut.

Dakwah ini diumpamakan seperti anak tangga, semakin sering kita berdakwah maka akan membawa kita ketingkat kemuliaan yang tinggi, tapi kalau kita buat dakwah tidak dengan tertib dan usul yang telah di gariskan, maka tidak akan ada peningkatan dalam diri kita walau kita habiskan seluruh umur kita untuk dakwah, malahan keberadaan kita dalam dakwah akan menjadi fitnah bagi dakwah itu sendiri. Nauzubilah.

Dalam kerja dakwah ini kita harus berlemah lembut, saling memaafkan, dan selalu meletakan segala sesuatu nya dalam Musyawarah. Betapapun besarnya kesalahan teman kita maka kita maafkan, kalau hal ini ada di diri kita maka akan timbul satu hati.

Maulana Yusuf Rah.A. berkata, semua Da'i hrs merasa bahwa dirinya adalah penanggung jawab dlm usaha dakwah. ini adalah kerja saya !" Apabila merasa bertanggung jawab dlm usaha ini, maka tdk akan marah kepada org lain, sebab mereja telah memberi bantuan. Sekecil apapun pengorbanan mereka, kita tetap hrs bersyukur dan memuji hasil kerjanya, inilah sifat ISTIKHLAS. Allah akan menerima setiap kerja dari org-org yg merasa kerja ini adalah tugas dan tanggung jawab saya.

Tawajjuh kepada Allah dan salahkan diri sendiri, jangan menyalahkan orang lain salahkan saja diri sendiri. Ini salah saya
kemerosotan ummat ini terjadi semua karena salah saya.

Ketika jaman huru-hara di India banyak orang dibunuhin, syekh Inamul hasan bertanya tentang keadaan saat itu kepada Syekh Ahmad Lath. Mendengar cerita keadaan yang ada dari syekh ahmad lath, beliau, hadratji inamul hasan menangis mendengarnya. Apa yang terlontar dari mulut hadratji ketika itu, “ini semua salah saya sehingga keadaan menjadi seperti ini.
Inilah sikap seorang dai, kemerosotan ummat ini terjadi semua karena salah saya.

Andaikata amalan rohaniat saya sudah benar, punya mujahadah yang benar, punya pengorbanan yang benar, punya akhlaq yang benar, semestinya kerja dakwah ini akan naik dan ummat tidak akan seperti sekarang. Inilah dai yang benar, kemerosotan yang terjadi ini adalah kesalahan saya...

Buat kerja ini dengan tawadhu merasa dirinya ini tidak punya apa-apa. Hanya karena pertolongan Allah saja semua ini bisa terjadi.tanpa tawadhu kita tak akan bisa membuat kerja ini dengan baik. bagaimanapun hebatnya kerja kita maka kita harus banyak beristigfar dan memohon kepada Allah agar di kekalkan dalam usaha dakwah ini.

Bersedia semua tetap istiqomah. Insya Allah......