Sunday, 31 December 2017

SABDA Rasulullah s.a.w.;
خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
Maksudnya: “Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” [HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.].

Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggungnya, yang lebih (dari genggaman) akan dipotongnya” (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun ada juga ulamak (antaranya Imam an-Nawawi) yang berpandangan; janggut hendaklah dibiarkan tanpa diganggu kerana Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadis tadi; “….biarkanlah janggut..”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).  Hukum menyimpan janggut sini, sini, sini dan sini
 
Alhamdulillah! Di Malaysia kini dapat kita lihat semakin ramai dari kalangan kaum muslimin menjadikan berjanggut sebagai salah satu dari penampilan diri. Walaupun kita mungkin tidak dapat untuk mengetahui niat sebenar di hati mereka menyimpan janggut, namun sekurang-kurangnya kita dapat melihat, salah satu identiti sebenar kaum Muslimin kini menjadi identiti Muslimin di Malaysia. Jadi rasanya, tidak perlulah untuk kita mempertikaikan apakah niat sebenar mereka ini menyimpan janggut samada meniatkan ia sebagai mengikut sunnah ataupun bukan.

Dalam pada itu, sesuatu yang boleh dikira sebagai agak menarik juga apabila bukan sahaja lelaki Muslim sahaja yang menjadikan berjanggut sebagai identiti bahkan dapat juga dilihat di tengah-tengah masyarakat, kaum lelaki dari kalangan non Muslim juga telah ramai yang menyimpan janggut dan menjadikan ianya sebagai identiti diri. Tidak kisahlah apapun niat mereka itu turut menyimpan janggut. Kita biarkan sahaja, kerana itu adalah hak mereka sebagai manusia.

Bercakap tentang janggut, anggota-anggota pasukan keselamatan di negara kita terutamanya polis dan tentera tidak dibenarkan menyimpan janggut (mungkin ada anggota yang menjalankan tugas undercover sahaja diarahkan menyimpan janggut). Itulah identititi rasmi anggota-anggota keselamatan negara kita semenjak dari zaman awal penubuhan polis dan tentera Malaysia lagi kerana itulah arahan dari penjajah British.

Penulis sejak dahulu lagi tidak dapat memahami, apa sebenarnya rasional disebalik larangan menyimpan janggut di kalangan anggota-anggota keselamatan negara. Cuma apa yang dapat Penulis fikir adalah mungkin larangan berjanggut oleh penjajah tersebut kerana sebagai mengikut cara pasukan keselamatan di negara penjajah tersebut. Bahasa mudahnya, mengikut cara dan gaya kaum musyrik. Jika itulah sebabnya maka malanglah nasib kita ummat Islam kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):-
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" [Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban]

Dan lebih malang lagi kerana kita mengikut sahaja perlakuan kaum Musyrikin sehinggakan meninggalkan apa yang telah disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. itu (samada wajib atau sunat muakkad ianya menjadi perselisihan pendapat antara ulama'-ulama mu'tabar ).

Mungkin akan ada yang berhujjah bahawa larangan menyimpan janggut adalah untuk memastikan atau menjaga disiplin anggota-anggota keselamatan negara kita. Namun begitu, Penulis tidak bersetuju dengan hujjah tersebut kerana jika disiplin menjadi kayu ukur maka Penulis ingin bertanya pula, bagaimana pula dengan disiplin kita terhadap hukum agama Islam yang meletakkan menyimpan janggut di kalangan lelaki-lelaki muslim adalah suatu sunnah? Relakah kita (ummat Islam) mengabaikan disiplin agama kita semata-mata untuk menjaga disiplin mengikut perspektif bukan Islam?

Penulis tertarik dengan penampilan anggota-anggota keselamatan negara lain, terutamanya di negara-negara ummat Islam yang mana dibenarkan untuk menyimpan janggut. Penulis tidak nampak dimana kurangnya disiplin anggota-anggota keselamatan tersebut. Penulis juga tidak nampak pergerakan anggota-anggota keselamatan tersebut terbatas hanya kerana menyimpan janggut. Mungkin ada hujjah mengatakan larangan menyimpan janggut adalah untuk menjaga penampilan diri anggota-anggota keselamatan. Jawab Penulis, apa gunanya penampilan luaran nampak bersih dan kemas tapi, cuai menjalankan tugas, tidak amanah dan rasuah?

Penampilan luaran sebenarnya pada pandangan Penulis hanyalah kulit semata-mata. Bagi Penulis, penambilan sebenar yang sewajarnya dititikberatkan oleh setiap anggota keselamatan adalah penampilan dalam bentuk hubungan baik dengan masyarakat dan yang lebih utama adalah hubungan baik kita dengan Allah SWT. Kalau kedua-dua ini tidak ada dalam diri setiap anggota keselamatan, walaupun muka/wajah selicin mana tanpa sehelai bulu roma sekalipun maka tidak ada gunanya juga.

Penulis yakin akan keluar jawapan, "ini adalah arahan dari pemimpin atasan / kerajaan. Jadi kena patuh pada arahan tanpa ada sebarang bantahan." Penulis nak ingatkan semua, sekiranya terdapat sebarang pertikaian dalam sesuatu isu/perkara maka kita perlu ingat pada perintah Allah SWT yang terlebih-lebih lagi wajib kita taati. Firman Allah SWT (mafhumnya):-
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [An-Nisaa': 59]

Jadi fikirkanlah sendiri, mana yang lebih utama. Arahan pihak atasankah atau arahan dari Rasulullah s.a.w. Jadi Penulis rasakan dalam hal ini, pemimpin negara kita perlu untuk mengkaji semula larangan terhadap anggota keselamatan untuk menyimpan janggut. Dan bagi pasukan keselamatan yang tidak terikat dengan peraturan melarang anggotanya menyimpan janggut tetapi ada cita-cita untuk mengikut peraturan tersebut, fikirkan balik. Manakala lelaki muslim yang memang tidak ada halangan langsung tu, amalkanlah sunnah Rasulullah s.a.w. tersebut. Simpanlah janggut. Semakin terserlah kematangan diri. Betul cakap ni, Langsung tak bohong.

Friday, 29 December 2017

*Muhasabah Diri*

Apabila phone kita berbunyi, begitu pantas kita hendak menjawab, tapi sedihnya bila setiap hari 5 kali suara azan berkumandang di speaker2 besar ..seolah2 kita tidak mendengar jelas dan tidak terasa nak bergegas ke mesjid/solat...😔

Apabila menerima "message" dgn pantas kita nak tengok dan nak membaca, tapi saban hari kita melihat AL- Quran dirak2 mesjid dan di almari rumah.. tetapi jarang2 sekali kita teringin nak membacanya😰..

Ampunilah kami..
Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.

Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, 'itulah waktu yang terbaik untuk kita.' Yakinlah.

Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.

Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.

Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah 'mengurniakan' anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.

Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.

☺☺
Daqi langgaq ke pokok sena
Musim bequjan musim sesema
Nnti dihitung diakhirat sana
Itu adalah hukum agama.

Bila rambut penuh kutu
Usia tua seprti mak dan ayah
Pasaipa cakap lagutu
Semoga Allah bagi hidayah

Alam melayu penuh dengan adat
Berdagang jauh meniti titi
Dah tua tu penuhkanlah ibadat
Hanya untuk bekalan mati.

Malaikat maut mengambil nyawa
Tidak terlambat walau sesaat
Pantun kami tak berapa lawa
Semoga ia bermananfaat

Kalimah puji pembuka kalam
Alam syariat penuh hukum
Saya hanya mengucap salam
Dengan lafaz assalamualaikum
😁
salam,
sy pbekal majun mutiara/majun herba plus
berminat nak beli bole bankin ke maybank acc  : 157018820567
Mohd rashid bin zakaria
atau
cimb acc :  7615442331
Mohd rashid bin Zakaria
penghantaran thru poslaju @ citylink
kalau sudah bankin bole msg,
nama penuh:
alamat penuh:
tarikh & masa bankin:
bil majun:
~terima kasih~
harga skali postage:
1balang/papan rm 60.00

10 balang/papan rm 400.00

Thursday, 28 December 2017

JANGAN PUTUS SILATURAHIM KERANA KARENAH MANUSIA. HADAPINYALAH DENGAN BERHEMAH

Kerana Silaturrahim banyak membawa Faedah dan Makna kepada kita. Jika kita sorot ia banyak ertinya dan mengandungi Berbagai Karakter Manusia yang Membuat Kita Menjadi CERDIK dalam menilai dan berhadapan dengannya:

1. Ada TEMAN yang
    bersifat KERAS...
    dari dialah yang
    mendidik kita untuk
    berani dan bersikap
    tegas serta TAHAN    
    LASAK.....

2. Ada TEMAN yang
    LEMBUT, dialah
    mengajar kita cinta
    dan kasih sayang
    terhadap sesama makhluk...

3. Ada TEMAN yang
    DUNGGU dan
    BODOH, dari dialah
    membuat kita
    berfikir bagaimana
    agar kita bersikap
    perhatian terhadap
    orang lain...

4. Ada TEMAN yang
    tidak boleh dipercaya
    dan kata-katanya
    sukar dipegang
    kebenarannya, dari
    dialah yang
    membuat kita
    berfikir dan merasa
    betapa tidak
    baiknya bila dikhianati,
    maka belajarlah
    untuk menjadi orang
    yang amanah dan dapat
    dipercaya.

5. Ada TEMAN yang
    JAHAT yg
    hanya ambil kesempatan
    memanfaatkan dirinya
    melalui kebaikan orang
    lain saja,  dari
    dialah  kita dapat
    belajar, bagaimana kita
    bertindak dan dapat
    berbuat banyak
    kebaikan, namun
    tetap dalam keadaan
    waspada (agar tidak ditipu)...

• Setiap karakter
  manusia di atas jika kita PEKA
  dapat
  mendidik kita, bagaimana
  sebaiknya kita patut
  bersikap... untuk mencari keredhan Allah..

Kata Hukamak: "Besi menajamkan besi dan  manusia  menajamkan sesamanya."

Tanpa golongan orang  seperti di atas itu kita mungkin terlena dalam zon nyaman & fikiran tidak berkembang.

Oleh itu, bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan dan terimalah setiap orang yg pelbagai ragam dalam hidup kita.

Kerana Allah tidak pernah silap mempertemukan kita dengan sesiapa pun, cuma terserah kepada kita bagaimana cara kita menghadapi dan mengurusnya.

Karakter orang seperti di atas tadi juga secara tidak langsung selain melatih kita bersabar, juga membuat kita semakin DEWASA & BIJAKSANA.

Ketika ada orang bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada di depan mereka

Saat orang bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi dari mereka

Saat orang bicara dengan nada iri-hati mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh lebih baik dari mereka.

Saat orang bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka.

Payung tidak dapat menghentikan hujan, tetapi Dengan Payung membuat kita boleh berjalan merentas hujan lebat untuk mencapai Tujuan.

Orang pintar pernah gagal,
Orang  hebat pernah jatuh,
Tetapi orang yang RENDAH HATI & SABAR
dalam segala hal akan selalu mendapat jalan untuk menempatkan diri dengan seimbang kerana KETEGUHAN PENDIRIANNYA..

SEMOGA KITA SENTIASA BERSABAR DAN RENDAH HATI
SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tuesday, 26 December 2017

Arti Mimpi Tentang Monyet

Iklan
Arti Mimpi Tentang Monyet – disini agan bisa menemukan semua arti dan tafsir mimpi tentang kera / monyet. silahkan dikunyah-kunyah informasinya gan! 

Arti Mimpi Tentang Monyet

  • mimpi melihat/didatangi monyet artinya akan ditipu oleh orang yg bermulut manis
  • mimpi melihat monyet mati atau melihat bangkai monyet artinya musuh akan menyingkir
  • mimpi membunuh monyet artinya akan memenangkan persaingan yg ketat
  • mimpi melihat monyet putih artinya akan mendapatkan keberuntungan dengan cara yg tidak lazim
  • mimpi memakan daging monyet artinya akan mendapatkan kesulitan beruntun
  • mimpi memelihara / memberi makan monyet tafsirnya adalah akan mendapatkan penghianatan dari keluarga atau orang yg sangat agan percayai (terutama yg berurusan dengan uang/materi)
  • mimpi diberikan monyet untuk dipelihara adalah pertanda ada yg ingin memanfaatkan kebaikan agan
  • mimpi membeli monyet artinya akan melakukan hal yg akan disesali kemudian
  • mimpi menjual monyet artinya akan terlepas dari masalah rumit
  • mimpi melihat monyet berkelahi artinya akan terjerat dalam konflik yg diciptakan orang lain
  • mimpi diserang / dicakar / digigit monyet artinya agan akan melihat dengan jelas siapa kawan dan siapa lawan. tafsir lain mengatakan akan dikhianati kawan terdekat yg agan kira selama ini baik
  • mimpi dipeluk monyet artinya ada tawaran berzinah dari orang yg secara fisik tampilannya sangat menarik
  • mimpi dicium/mencium monyet artinya akan berurusan dengan skandal cinta yg melibatkan pasangan orang lain
  • mimpi berhubungan intim dengan monyet artinya akan dicemooh dan direndahkan derajat
  • mimpi melihat atraksi topeng monyet artinya ada yg berusaha menjilat agan
  • mimpi melihat monyet masuk ke rumah artinya ada yg mengincar pasangan (suami/istri/kekasih) agan
  • mimpi melihat monyet keluar dari rumah artinya akan menghadapi skandal cinta yg dilakukan keluarga / pasang