Monday, 23 November 2015

Bekas pendebat terbaik Asia balas kenyataan anak Zahid Hamidi
SADDIQ: 'Hormati juga hak orang lain untuk bersuara' - Sumber Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Kenyataan balas daripada Nurulhidayah Ahmad Zahid tentang haknya untuk bersuara berhubung Perhimpunan Bersih, mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.

Antara yang meluahkan pendapat adalah bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Saddiq, melalui laman Facebook berkata, Nurulhidayah perlu mnghormati hak orang lain juga untuk bersuara.

Syed Saddiq FB
Keratan kenyataan Saddiq di laman Facebook.
 
Menurut Saddiq, jika Nurulhidayah merasakan dia ada hak untuk menyuarakan pendapat, dia seharusnya sedar hak yang sama juga dimiliki orang lain sebagai warganegara.

Tambah Saddiq, ribuan orang awam yang turun menyertai perhimpunan tersebut adalah kerana mahu suara mereka didengari.

Graduan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu turut menjelaskan, hak untuk bersuara adalah satu lambang negara yang bebas dan demokratik.
Nurulhidayah, yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini menyelar pihak yang mengecam tindakannya mengkritik Perhimpunan Bersih.

Bekas pendebat terbaik Asia balas kenyataan anak Zahid Hamidi

Bekas pendebat terbaik Asia balas kenyataan anak Zahid Hamidi
SADDIQ: 'Hormati juga hak orang lain untuk bersuara' - Sumber Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Kenyataan balas daripada Nurulhidayah Ahmad Zahid tentang haknya untuk bersuara berhubung Perhimpunan Bersih, mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.

Antara yang meluahkan pendapat adalah bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Saddiq, melalui laman Facebook berkata, Nurulhidayah perlu mnghormati hak orang lain juga untuk bersuara.

Bekas pendebat terbaik Asia balas kenyataan anak Zahid Hamidi

Bekas pendebat terbaik Asia balas kenyataan anak Zahid Hamidi
SADDIQ: 'Hormati juga hak orang lain untuk bersuara' - Sumber Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Kenyataan balas daripada Nurulhidayah Ahmad Zahid tentang haknya untuk bersuara berhubung Perhimpunan Bersih, mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.

Antara yang meluahkan pendapat adalah bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Saddiq, melalui laman Facebook berkata, Nurulhidayah perlu mnghormati hak orang lain juga untuk bersuara.

Polis berkas jiran dipercayai terbabit kes bunuh kerani sekolah agama

Polis berkas jiran dipercayai terbabit kes bunuh kerani sekolah agama
Suspek terbaru yang ditahan bagi membantua siasatan pembunuhan mangsa (wanita dalam gambar) ialah lelaki berumur 30 tahun. - Gambar fail
MUAR: Polis Johor telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata suspek berumur 30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu, ditahan pada pukul 6 petang tadi.

"Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak," katanya dalam satu kenyataan kepada media malam ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya Isnin lalu.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencarinya.

Polis kemudian bertindak menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan.

Kamarul Zaman berkata suspek ditahan berikutan gagal memberikan keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam itu.

Semalam polis Muar juga telah mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan itu yang telah menjadi viral. 
REDHA PADA SETIAP KEADAAN

Saudaraku, salah satu sebab kita tidak bahagia dalam hidup adalah karena ketidaksiapan menghadapi kenyataan. Kita siap menghadapi kenyataan yang sesuai dengan keinginan kita. Tapi, belum tentu kita siap menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan keinginan kita. Padahal tidak mungkin setiap keinginan kita terpenuhi. Apa jadinya jika setiap orang ingin jadi presiden dan semuanya terkabulkan, tentu kacau hidup ini.

Allah Swt. telah mengingatkan bahwa tidak setiap keinginan kita itu baik untuk kita. Kerana keinginan kita lebih banyak didorong oleh hawa nafsu. Sedangkan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi setiap makhluk-Nya. Dan, Allah juga Maha Mengetahui setiap keperluan makhluk-Nya.

Allah Swt. berfirman, “..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqoroh [2]: 216)

Yang penting kita lakukan adalah bersikap redha pada setiap ketetapan Allah Swt. atas diri kita. Boleh jadi kita mengusahakan sesuatu, tapi hasilnya tidak sesuai dengan yang kita harapkan, tidak mengapa. Kerana kewajiban kita hanyalah berusaha, berikhtiar. Ikhtiar inilah yang menjadi amal sholeh kita, menjadi ibadah kita. Adapun hasilnya, serahkan kepada Allah Swt.

Jika Allah Swt. telah mentakdirkan sesuatu bagi hamba-Nya, maka takdir tersebut pasti kebaikan. Agar kita terlatih bersikap redha, maka perlu kita selalu yakin bahwa tiada satu kejadian sekecil apapun, kecuali pasti Allah mengetahuinya. Allah Swt. berfirman, “..Maka sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab [33] : 54).

Kita harus yakin bahwa setiap kejadian itu ada dalam pengetahuan dan keuasaan Allah Swt. Dan, Allah Maha Mengetahui setiap jalan keluar dari setiap masalah yang dihadapi oleh hamba-hamba-Nya. Sehingga tiada tempat untuk mengadu dan memohon pertolongan selain Allah Swt.

Menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan kita itu mungkin memang tidak enak. Tapi, rasa tidak enak itu akan lebih menjadi-jadi jikalau tidak ada redha di dalam hati kita. Bersikap redha atas apa yang telah terjadi akan membuat hati kita jauh lebih tenang dan bahagia. InsyaaAllah.
Penjelasan anak TPM: Kenapa saya dapat Dato'
Nurulhidayah (gambar) menjawab soalan serta kritikan netizen berkenaan status dan gelaran Dato' yang diterimanya. -Gambar instagram.com/sayanurulzahid
KUALA LUMPUR: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan serta kritikan netizen yang diterimanya di media sosial, berkenaan status dan gelaran "Dato’".

Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid, 36, melalui laman Instagramnya menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan gelaran itu diterima kerana jasa beliau sebagai 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah.

“Hak bersuara saya dinafikan, tetapi saya tampil untuk menafikan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan bahawa gelaran "Dato'" itu adalah kurniaan yang saya terima kerana menjadi 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah,” jelas Nurulhidayah.

Menurut beliau, gelaran itu diberi berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Anak TPM itu juga menjawab persoalan netizendengan berkata, gelaran "Dato'" tidak terhad kepada 'jasa'  yang diberikan oleh seseorang kepada sesebuah negeri, malah ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku kehendaki.

Nurulhidayah yang juga merupakan Leftenan Muda Askar Wataniah menegaskan beliau tidak akan menjatuhkan maruah angkatan Askar Wataniah yang menjadi sanjungan tinggi padanya.

“Gelaran Dato' itu adalah gelaran di dunia sahaja; yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup.

"Darjat yang kekal adalah di sana.

“Kepada yang mencipta dan menyebar fitnah, kita akan berjumpa di mahkamah Allah kelak, saya tunggu.”
Sebelum ini, Nurulhidayah mengundang kemarahan netizen menerusi kenyataannya Facebooknya yang menyelar Perhimpunan Bersih 4 sebagai 'kerja bodoh'.

zahid
Gambar diperoleh daripada Instagram Nurulhidayah

BERITA  |  MALAYSIA

Mahkamah lepaskan pelakon Benjy dari tuduhan miliki dadah

Mahkamah lepaskan pelakon Benjy dari tuduhan miliki dadah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan pelakon era 90-an, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan pelakon era 90-an, Benjy dan rakan wanitanya daripada dua pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, Mac lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md. Nor memutuskan demikian terhadap Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan Julia Ernie Jamaludin, 26, selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas kedua-dua tertuduh.

Benjy dan Julia Ernie masing-masing didakwa memiliki dadah jenis syabu dengan berat 1.71 gram dan 3.01 gram di The Reeds Boutique Hotel, Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, pada pukul 9.30 malam, 5 Mac lalu.

Kedua-dua pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut seksyen 12 (2) (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih 100 ribu ringgit atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, mahkamah mengarahkan Julia Ernie untuk membela diri bagi satu lagi pertuduhan memiliki 0.37 gram syabu di tempat, waktu dan tarikh sama.