Thursday, 29 January 2015

Khalid Abu BakarKhalid Abu Bakar. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Walaupun wujud laporan menyatakan keengganan pihak kerajaan Australia menghantar pulang bekas Anggota Polis Bukit Aman, Sirul Azhar Umar ke Malaysia, namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar masih menunggu jawapan rasmi daripada kerajaan Australia.

Memetik laporan daripada portal berita The Malay Mail, beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih menunggu pengesahan rasmi sebelum langkah lanjut diambil.

“Mari kita dengar daripada mereka terlebih dahulu sebelum kita buat keputusan mengenai langkah seterusnya," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Kerajaan Australia semalam mendedahkan bahawa Sirul Azhar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh warganegara Mongolia, Antaltuya Shaariibuu tidak akan dihantar pulang ke Malaysia.

Ini kerana menerusi laporan The Sydney Morning Herald, undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang yang dijatuhi hukuman mati dihantar pulang, melainkan individu tersebut tidak akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Sementara itu, seorang jurucakap daripada pejabat Peguam Negara Australia berkata, antara sebab mereka enggan mengekstradisi Sirul adalah kerana negara itu menentang hukuman gantung sampai mati.

Sirul dikatakan berada di Negara tersebut sejak November lalu dan tidak memiliki wang yang mencukupi untuk pulang menyebabkan dia tidak dapat pulang untuk menjalani hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan menyabitkan Sirul, 43, dan Azilah Hadri, 38, atas kesalahan membunuh Altantuya.

Mahkamah memutuskan bahawa pasukan pendakwaan berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.
 Khalid Abu BakarKhalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) akan ditransformasi bagi memenuhi aspirasi rakyat dalam mengawal demonstrasi jalanan dan ketenteraman awam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata antara transformasi itu ialah melibatkan perubahan pola pemikiran para pegawai dan anggota FRU yang perlu mengikut piawaian antarabangsa.

"Dalam menangani perhimpunan misalnya, mungkin kita tidak boleh bertindak seperti 10 hingga 15 tahun yang lepas seperti bertindak mengeluarkan cota. Ia  perlukan transformasi pola pemikiran kita.

"Usaha ini seiring dengan ekspektasi dan aspirasi rakyat dalam melaksanakan hak kebebasan mereka.

Kita sekarang berhadapan dengan situasi di mana kita (polis) dinilai dan dihukum oleh persepsi rakyat," kata Khalid ketika berucap sempena sambutan ulang tahun PSP ke-59 di Kompleks PSP, Cheras hari ini.

Menurutnya, walaupun terdapat segelintir pihak mendakwa berlaku kemerosotan dalam tahap keamanan negara dan negara belum mencapai status 10 negara paling aman di dunia, namun itu bukan disebabkan pasukan polis gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara. 

Khalid berkata polis berjaya mengekal keamanan dan kedaulatan negara sehingga Malaysia diletak dalam kategori 'tinggi dalam ranking keamanan' berdasarkan laporan Global Peace Index 2014.

"Kita tidak dapat lari daripada menerima tempias turun-naik gelombang globalisasi yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara," katanya. - Bernama
Pastikan penjimatan tidak menjejaskan operasi
Khalid Abu BakarKhalid Abu Bakar. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pengoperasian dan tanggungjawab pasukan keselamatan dalam memastikan keselamatan negara tidak terjejas berikutan langkah penjimatan kerajaan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal.
 
Ketua Polis  Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi jaminan tersebut berikutan tindakan kerajaan merasionalisasikan perbelanjaan negara.
 
Khalid Abu Bakar berkata, PDRM akan melihat semula semua pembelian peralatan sejajar dengan langkah kerajaan.
 
"Kita akan melihat keutamaan yang penting dalam pembelian aset pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara tersebut dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara hari ini.
 
Najib berkata, kerajaan akan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak RM300 juta.
 
Khalid berkata, PDRM akan sentiasa memastikan penjimatan itu tidak menjejaskan operasi harian pasukan keselamatan itu.
 
Zulkifeli pula berkata, penjimatan itu tidak akan menjejaskan kawalan sempadan negara serta operasi pasukan pertahanan negara.
 
Menyentuh mengenai pembinaan pusat kawalan dan operasi di laut di kawasan perairan Sabah beliau berkata, projek itu akan diteruskan kerana ianya dibiayai oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
 
Petronas telah memberi komitmen bagi menyediakan pelantar berhubung cadangan pelaksanaan pusat kawalan itu bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Sabah.
 
Cadangan pembinaan pusat kawalan itu timbul selepas insiden kes penculikan di Sabah, dengan kes terakhir pada 6 Mei tahun lepas yang melibatkan seorang warga China Yang Zai Lin, 34, yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat penternakan ikan, di Pulau Baik, Lahad Datu, oleh lima lelaki bersenjata. - Bernama
KPN sahkan Sirul Azhar ditahan di Queensland
Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia semalam.
    
Sirul Azhar kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen negara itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
   
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Australia, Sirul Azhar ditahan atas kesalahan Akta Imigresen negara itu.     
    
Susulan penangkapan itu, katanya polis akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan ekstradisi terhadap Sirul Azhar ke Malaysia bagi menjalani hukuman atas kesalahan membunuh model sambilan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lepas.
    
"Kita akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara dahulu," katanya kepada Bernama di sini.    
    
Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009. 
    
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan. 
    
Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.  
    
Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.  
    
Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. – Bernama