Wednesday 11 January 2017

POK AMAI-AMAI

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Emak upah susu

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Emak hadiah susu

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Emak derma susu

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Emak rasuah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan nangis
Emak nak buat kerja

Kelapa tepi sawah
Pelepah tiga depa
Upah, hadiah, derma, rasuah
Semua nampak macam serupa

Kelapa dalam taman
Tepi pokok ara
Dunia akhir zaman
Halal haram tak mahu kira

Pok amai-amai
Belalang belang-belang
Tepuk ramai-ramai
Menang sorak kampung hilang

Pok amai-amai
Belalang di daun durian
Tepuk ramai-ramai
Nanti kita jadi pelarian...

Kredit pantun oleh Prof Abdul Muati Ahmad

No comments:

Post a Comment