Saturday 21 January 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Cabaran kepada pihak berkenaan....!!!

Apabila kita dituduh melakukan kesalahan, dan kita berdiam diri, mereka akan berkata "Tengok si Kamal tu dia berdiam diri jer, confirm dia memang buat perkara itu". Tetapi apabila kita dituduh dan kita melenting, mereka akan berkata "Kenapa nak melenting jika kau tak buat?"

So dalam keadaan saya hari ini, saya telah difitnah oleh seorang JP di Putrajaya, kononnya saya telah songlap duit pendaftaran JP dan saya telah digugurkan dari CAB Auto Bus.

Sehubungan dengan itu saya mengambil keputusan untuk tidak berdiam diri, ataupun melenting, saya cuma mahu mencabar individu terbabit yang memfitnah saya untuk mengadakan perbincangan meja bulat bersama saya dan pihak CAB disaksikan sahabat-sahabat 2Go yang ingin melihat kebenaran.

Buat pengetahuan umum sahabat-sahabat saya (JP), saya tidak pernah mengambil walau sesen pun duit dari MyCab4U ataupun CAB, sebaliknya saya telah membelanjakan wang poket saya sendiri, lebih kurang RM5000 bagi mencetak borang pendaftaran, menyediakan risalah dan sebagainya.

Segala itu saya korbankan kerana saya ingin merialisaikan program 2Go demi membela nasib sahabat-sahabat saya (JP), tetapi sayang.... Didalam golongan JP itu sendiri terselit insan-insan yang mempunyai hasad dengki dan busuk hati, mereka tidak tahu dan tidak mahu melakukan sesuatu untuk membela nasib JP, sebaliknya mereka cuba memecah belahkan kesepakatan yang berjaya diusahakan MyCab4U bersama 2Go.

Disini saya sertakan nombor telefon saya (0166585716) untuk beliau (penfitnah) menghubungi saya bagi menyahut cabaran saya.

Ayuh kita lihat dan buktikan kebenaran, sama ada benar saya telah digugurkan kerana songlap duit pendaftaran JP, atau beliau sebenarnya seorang penfitnah?

Saya harap beliau seorang yang bermaruah dan berani membuktikan beliau bukan seorang penfitnah, kepada sahabat-sahabat yang mengenali beliau, tolong sampaikan cabaran saya ini kepada beliau.

Tak guna cerita belakang-belakang, jom kita duduk semeja dan buktikan kebenaran.

KamalPERS1M

No comments:

Post a Comment