Sunday 4 September 2016

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. pd 5-8 sep ini anak2 kami, anak2 didik kami, anak2 saudara kami dan cucu2 kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan UPSR. Oleh itu, Ya Allah kau bukakanlah hati2 mereka dan tenangkanlah fikiran  mereka untuk dpt menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
 
Ya Allah Yang Maha Esa.. permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kpd mereka untuk menjawab soalan dengan tepat dan sempurna. Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru2 kpd mereka. Kau kurniakanlah mereka keputusan yang cemerlang untuk bekalan dunia dan akhirat.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa..Pelbagai usaha telah dilakukan utk kejayaan mereka. Kau berilah balasan yg setimpal atas segala usaha, kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan anak2 ini, ibu bapa dan guru2. Kau senangkanlah hati2 kami, murahkan rezeki kami dan tingkatkanlah darjat kami dgn kejayaan anak2 didik kami.

Salawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.
Aamiin..

Kasih sayang drp Semua Guru Di Malaysia amnya Dan Ibu Bapa💕💕 Buat yg TERBAIK........Insya Allah....

No comments:

Post a Comment