Wednesday 2 May 2018

Targhib Mesyuarat Kuala Lumpur (Kapten Noruddin)

25/04/2018 - Bila jama'ah pertama hendak dibentuk, Sayyidina Abu Bakar ra menulis surat ke Yemen, Bahrain, 6 jama'ah dibentuk, selepas kewafatan Nabi saw. Sayyidina Abu Bakar ra hanya beritahu:

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat..." (At Taubah: 41)

Mereka kata, kami bagi segala-galanya, kami tidak akan pulang semula. Mereka keluar pada hari tersebut hinggalah Sayyidina Abu Bakar ra meninggal dunia. Jama'ah mereka ada di Palestin, Syria, Iraq, Mesir. Mereka tidak pernah terfikir untuk pulang.

Setiap jejak langkah mereka adalah jejak langkah kita juga. Tiada beza. Ini adalah zaman kita, tak boleh fikir selepas kita balik dari keluar, selepas jor, selepas nusrah jama'ah, selepas sempurnakan takazah, kita ada masa untuk rehat.

Ini semua syaitan punya fikir. Inilah keadaan umat hari ni, mereka bercuti. Sedangkan, kebathilan & kekufuran tidak pernah bercuti.

Perjalanan akhir Maulana Yusuf rahmatullahu 'alaihi dari Dhaka ke Lahore, dia bagi nasihat, 200 amla bersama dengan beliau, bathil tidak akan rehat. Mana mungkin umat ini boleh rehat. Beliau telah ucapkan selamat tinggal pada rumahnya dan ucapkan salam pada kitab2nya.

Perjalanan yang jauh dan susah. Dalam usaha agama sentiasa pandang jauh. Tidak ada kesenangan sedikit pun dalam usaha agama. Tidak akan berlaku kesenangan.

Sebab itu dinamakan Mujahadah. Mujahadah dalam segala perkara. Mujahadah dalam perasaan, Mujahadah dalam makan, Mujahadah dalam perjalananan, dan sebagainya.

Nikmat yang ALLAH SWT sembunyi dalam mujahadah itu seorang pun tidak akan faham kecuali mereka yang keluar di jalan ALLAH SWT. Boleh tidur tanpa selimut walaupun nyamuk beratus ekor, tidak sedar. Sangat ajaib keluar di jalan ALLAH SWT. ALLAH SWT beri ketenangan.

ALLAH SWT beri tumpuan khusus pada manusia dalam dua keadaan.

1. Ketika sujud
2. Ketika keluar di jalan ALLAH SWT.

Bagaimana mungkin kita boleh tinggal keluar di jalan ALLAH SWT. Usaha ini pilihan. Usaha ini tidak pernah ikut kepandaian, kebolehan dan ALLAH SWT tidak akan buat (begitu) sampai Kiamat.

Zaman keindahan sangat singkat. Zaman 'Umar bin 'Abdul 'Aziz hanya tiga tahun. Selain dari itu semua zaman kehidupan Mujahadah. Kita kena rasa haus/dahaga untuk berada di jalan ALLAH SWT walaupun kita tidak suka. Walau tidak suka, kita kena keluar juga. Sebab?

Sebab ini adalah tanggungjawab. Sesiapa yang sudah ambil akujanji/sumpah setia untuk ambil tanggungjawab ini, pasti dan pasti ALLAH SWT tidak akan tinggalkan dia. Janji ALLAH SWT atas tanggungjawab.

Kena laksanakan tanggungjawab, barulah janji ALLAH SWT akan datang. Kemewahan, kemenangan, kesenangan, Khilafah, ekonomi, kesihatan hatta Syurga, atas dunia ini lagi ALLAH SWT akan tunjukkan sebelum maut.

Selepas apa? Selepas kita laksanakan tanggungjawab.

Umat ini meninggalkan tanggungjawab, tetapi memimpikan janji2 ALLAH SWT. Umat ini hancur dan kecewa dengan agamanya sendiri.

Umat kecewa dengan Solat dia, umat kecewa dengan doa dia, kecewa dengan Saum/Puasa dia, kecewa dengan Haji dia. Sebab? Tiada pertolongan dari ALLAH SWT.

Bahkan, apa yang dapat ialah berlawanan dengan janji ALLAH SWT. Sebab? Umat telah tinggalkan tanggungjawab. Orang yang buat usaha pun, bila tinggalkan tanggungjawab ALLAH SWT akan tinggalkan dia. 2 kali kesesatan.

Jangan sekali-kali kita rasa kita sudah buat kerja. Kita syukur atas penerimaan ALLAH SWT masa dulu. Kita kena faham betul2 sekarang kita di mana dan yakin betul2 langkah selepas ini.

Barulah kita tidak akan tinggalkan satu pun takazah. Bukan masalah kita untuk beri masa. Adakah ALLAH SWT terima saya? Kita bukan atas apa yang kita ada. Kita adalah atas apa yang kita tidak ada.

Bukan atas apa yang kita upaya, tetapi apa yang kita tidak upaya. Bukan atas kita sedia tapi atas tidak kesediaan kita. Barulah ALLAH SWT datang kepada kita. Bodohkan diri. Nafikan segala-galanya. Kalau ada pun, kena kata tidak ada.

Masyaikh kata masa depan usaha ini bermula di Kuala Lumpur. Kebaikan telah memancar dari sebelah sini. ALLAH SWT telah terima Kuala Lumpur.

Selepas ini, seluruh dunia akan cari di mana Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur akan pergi seluruh dunia. Layak atau tidak layak, itu semua pentadbiran.

Usaha bermula dari mana? Dari rumah, dari masjid, dari mahalah, dari halaqah, dari kelompok. Bukan dari markaz. Usaha tidak pernah bermula dari markaz. Usaha tidak bermula dari Baitullah.

Usaha bermula di rumah Arqam. Khatijah r.ha tidak pernah solat, tidak pernah puasa tetapi ALLAH SWT kirim salam pada beliau di dunia ini lagi, sebab buat pengorbanan untuk agama.

Sebelum ALLAH SWT buat keputusan atas sesuatu tempat, ALLAH SWT akan hantar jama'ah ke sana. Ini cara ALLAH SWT sampai kiamat. Kalaulah kita yang dipilih maka kitalah orang yam\ng paling beruntung.

Diri kita sendiri adalah Markaz. Jangan tengok kanan, tengok kiri. Kitalah yang kena buat. Kitalah yang kena bergerak. Semoga ALLAH SWT terima kita semua. Amin..

No comments:

Post a Comment