Wednesday 22 November 2017

Isteri Curang Terima Padah Apabila "Melekat" Bersama Kekasih

Seorang wanita yang sudah berkahwin dan kekasih gelapnya terpaksa berdepan detik-detik memalukan apabila terpaksa diarak di tempat umum menuju ke hospital selepas mereka berduan "melekat" bersama akibat mengadakan hubungan kelamin. 

Satu ramakan video yang menjadi viral baru-baru ini menunjukkan pasangan tersebut yang masih melekat diusung menggunakan pengusung beroda. Lokasi rakaman tidak dapat dipastikan namun ianya berlaku di Kenya. 

Pasangan wanita tersebut dilihat menutup mukanya dengan cadar katil manakala lelaki tersebut hanya memerhatikan keadaan sekeliling. 

ADS HERE
Menurut laporan Mail Online, pasangan tersebut mengadakan hubungan sulit berkenaan di sebuah hotel. Pihak hotel kemudian menyedari kejadian tersebut apabila wanita berkenaan menjerit kesakitan dan kakitangan hotel terpaksa membawa mereka ke hospital menggunakan laluan umum. 

Nasib mereka dan identiti pasangan tersebut tidak dapat dipastikan.

No comments:

Post a Comment