Perkara pertama yang akan gugur setelah kematian kita adalah nama kita.
Kerana apabila kita mati maka ada orang yg akan bertanya : "Di mana SI MATI skrg?" ..
Orang tak panggil waktu tu misalnya : "Di mana Pak Mat Tempe skrg ?!"
____________________________
Ketika mana kita hendak disolatkan dimasjid, akan ada orang2 yang menyeru : "Tolong bawakan JENAZAH ke ruang hadapan.."
Orang tak sebut waktu tu : "Tolong bawakan Tuan Sadik Sepakraga ke depan imam !!."..
____________________________
Ketika mana kita hendak diletakkan di dalam liang lahat, maka pengorek kubur akan cakap : "Mohon turunkan MAYAT pelan-pelan.."
Orang tak sebut waktu tu : "Mohon turunkan Dr. Asmadi perlahan-perlahan..” !!
____________________________
Ketika jasad kita sudah dikebumikan lalu teman kita datang mngucap takziah mereka akan berkata pd kluarga kita ; "Semoga ARWAH ditempatkan bersama org2 yg beriman.."
Depa tak kata ; "Semoga Dato Nikah Kawin ditempatkan bersama org2 yg beriman.." ...
Kerana itu jangan sekali2 kita terpedaya dgn nama2 atau gelaran2 kita, tak kiralah samada kita dipanggil Sifu @ King @ Otai @ Dato @ Tun @ Ustaz @ Sheikh @ Taiko @ Tan Sri @ Tok Guru @ Prof @ Doktor @ Lawyer @ Ir @ Ahli Muzik @ dll apa sahaja.., tiada apa2 makna lagi segala semuanya itu, kerana ketika itu yg membezakan kita hnyalah TAQWA kpd Allah..
Apabila kita mati maka kita akan tinggalkan semua panggilan itu dan gugur ia dari jasad kita sebagaimana gugurnya pakaian2 serta perhiasan yg ada di badan kita.
Dikala itu orang2 yg mengenali kita akan amatlah sedih sgt pd hari itu.. Rakan2 baik kita mgkin beberapa hari terasa kehilangan kita, ahli2 kluarga kita boleh jadi bersedih hingga 3 4 minggu.. Pasangan2 kita silap2 mgkin sampai setahun menyuram sepi mengenangkan kita..
Lama mana pun sampai bila?!! .. Selepas itu semua pakat lupa lah kat kita.. depa teruskan hidup depa mcm biasa, kita pun meneruskan juga hidup kita di alam yg ke 3 yg luar biasa.. alam yg lebih realiti dari alam yg agak fantasi sebelum ini. Nasalullahassalamah..
Demikianlah tamatnya riwayat kita di dunia ini..
Kerana itu kita kena sentiasa ingtkan kematian, kerana mngingatinya akan mmbuatkan hati kita sentiasa hidup segar bahagia disisi Pencipta..
Ketika ditanya pd Nabi siapakah yang paling cerdik? Nabi menjawab: “Mereka yg paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak"
Wallhualam..
No comments:
Post a Comment