Tuesday 14 February 2017

7 Gambar Gadis Berusia 17 Tahun Maut Tersalah Cabut Gigi Geraham


Siapa sangka hanya kerana gigi dan tidak dianggap berbahaya seorang remaja cantik berusia 17 tahun terpaksa menderita hampir dua tahun sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam di Jawa Tengah.

Puteri Asih gadis malang Yang telah mengidap Tumor Ginggiva akibat tersalah cabut gigi geraham.

Ahli keluarga mendedahkan pada awalnya anak kedua mereka itu mengalami sakit gigi geraham, ketika membuat pemeriksaan di klinik kesihatan doktor menyarankan agar gigi anak mereka itu segera dicabut.

Akan tetapi selepas beberapa minggu dicabut, gigi disekitar juga turut tanggal satu per satu

Sejak daripada itu hidung puteri tidak berhenti mengeluarkan ingus, pipinya pun semakin hari semakin membengkak dan menimbulkan bengkak kecil dan keras seperti bisul.

Tubuhnya yang dulu kuat, berisi, penuh dengan senyuman mula mengecut dan mengering hingga dia tidak boleh berjalan seiring dengan senyumannya yang kian pucat.

Hampir dua tahun menderita penyakit itu, puteri terpaksa melakukan terapi sekali dalam 3 hari, terakhir keadaan semakin sukar apabila keadaan ekonomi keluarnya semakin teruk.

Pada pertengahan bulan Januari lalu Puteri hendak menjalani pembedahan laser, akan tetapi pihak hospital menunda pembedahan kerana bengkak dan benjol yang baru sebulan itu kelihatan seperti tumor.

Selepas membuat pemeriksaan penyakit tumor rupanya sudah berubah menajadi kanser tahap 4.

Dengan tubuh yang tidak stabil bengkak di pipinya terpaksa dipecahkan, sejak daripada itu badan puteri menjadi panas, bekas tempat bengkak berkenan juga selalu mengeluarkan darah dan nanah.

Sejak seminggu lalu keadaan puteri semakin teruk hingga gadis malang itu meninggal dunia di hospital besar Prof. Dr. Margono Purwokerto semalam.






No comments:

Post a Comment