Dakwat Sotong Tidak Najis
Semua haiwan di air halal dimakan. Dalilnya dengan firman Allah Taala,
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ
"Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut." [QS. Al Maidah: 96]
Haiwan yang halal dimakan, kotorannya iaitu tahi dan kencingnya tidak najis. Dalilnya dengan peristiwa yang diceritakan oleh Umar bin Khatab ketika perang Tabuk,
خَرَجْنَا إِلَى تَبُوكَ فِى قَيْظٍ شَدِيدٍ فَنَزَلْنَا مَنْزِلاً أَصَابَنَا فِيهِ عَطَشٌ حَتَّى ظَنَنَا أَنَّ رِقَابَنَا سَتَنْقَطِعُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْحَرُ بَعِيرَهُ فَيَعْصُرُ فَرْثَهُ فَيَشْرَبُهُ فَيَجْعَلُ مَا بَقِىَ عَلَى كَبِدِهِ
"Kami berangkat menuju tabuk dalam keadaan sangat serba kekurangan.
Kemudian kami singgah di suatu tempat, dan kami sangat kehausan. Hingga kami menyangka leher kami akan putus.
Hingga ada orang yang menyembelih untanya, lalu dia memerah kotorannya dan meminumnya, sementara sisa perahannya diletakkan di atas perutnya." [HR. Ibnu Hibban 1383, Baihaqi dalam Sunan al-Kubro 20131, al-Bazzar dalam Musnadnya 215 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth].
Ibnu Hibban pula menukil keterangan Imam Abu Hatim,
قال أبو حاتم : في وضع القوم على أكبادهم ما عصروا من فرث الإبل وترك أمر المصطفى صلى الله عليه و سلم إياهم بعد ذلك بغسل ما أصاب ذلك من أبدانهم دليل على أن أرواث ما يؤكل لحومها طاهرة
Abu Hatim mengatakan, para sahabat meletakkan sisa kotoran unta yang telah diperah, sementara Nabi sallallahu alaihi wa sallam mendiamkan perbuatan mereka, dan tidak menyuruh mereka untuk mencuci bahagian yang terkena kotoran di badan mereka, merupakan dalil bahawa kotoran haiwan yang halal dimakan adalah suci. [Sahih Ibnu Hibban, 4/233].
Dalil ini membuktikan kotoran haiwan yang halal dimakan tidaklah najis. Apatah lagi jika ia bukan pun termasuk dalam kategori kotoran seperti tahi dan kencing seperti dakwat hitam sotong.
Jadi, di dalam hal ini saya dengan merendah diri terpaksa tidak bersetuju dengan kenyataan seperti di dalam keratan gambar ini yang menajiskan dakwat sotong. Semoga bermanfaat. Barakallahufikum.
Gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1923711307862657&set=a.1398666683700458.1073741828.100006714183706&type=3
No comments:
Post a Comment