REZEKI....
Rezeki dalam hidup kita lain-lain.
Ada orang
Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down
Ada orang
Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis
Ada orang
Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran
Ada orang
Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu
Ada orang
Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari
Ada orang
Rezeki dia, dapat travel sana-sini_
Ada orang
Rezeki dia, business maju dan bertambah maju
Ada orang
Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi
Ada orang
Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran
Ada orang
Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi
Ada orang
Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami
Hakikatnya
Allah menjadi kan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri
Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material
Alhamdulillah
Semua benda yang baik adalah rezeki dari Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia
Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat
Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara
Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, *bersyukurlah* dalam setiap rezeki yang kita dapat
Rezeki kita
Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan utk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah nan satu tanpa sempat bertaubat
Peringatan untuk diri sendiri. Syukur kpd Allah kerana hambaMu ini masih memiliki segalanya yg blm tentu org lain miliki.
No comments:
Post a Comment