Wednesday 13 January 2016

Terbaharu, ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan Kavita Sidhu dan suaminya, Roberto Guiati di sebuah hotel mewah di ibu negara, Jumaat lalu, Fasha yang hadir tanpa suami di sisi, mengelak soalan sama. Pada majlis itu, Fasha duduk bersebelahan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita Datuk Susilawati. Sehingga hari ini, baik Fasha mahupun Jejai, masing-masing mengunci mulut mengenai kedudukan rumah tangga mereka. Namun, tindakan Fasha memuat naik video di laman Instagram semalam menambah lagi 'drama' dalam kemelut rumah tangga aktres jelita ini. Pada paparan itu, Fasha mengaku sedang bersedih. Namun, ibu dua anak itu mendakwa, dia kurus bukan kerana bersedih. "Jangan salah anggap bahawa saya kurus kerana bersedih. Saya kurus kerana tak makan malam. "Ya betul, memang saya sedang bersedih. Tetapi saya seorang wanita yang tabah dan kuat. Saya tidak akan tunjukkan kesedihan saya. Sebagai wanita jangan jadikan alasan bersedih untuk menjadi 'serabai' dan tidak terurus. "Kehidupan perlu diteruskan. Sebagai wanita kita harus berdikari setiap waktu," katanya. Status itu menarik perhatian Netizen yang mengandaikan pelbagai perkara yang dihadapi Fasha dalam konteks rumah tangga dan hubungannya dengan Jejai.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113844?m=1

No comments:

Post a Comment