Friday 29 January 2016
Macam2 taktik yang luarbiasa dan pelik boleh kita dengar cara orang nak menghalalkan cara. Muslihat seseorang mmg kita tak boleh fikir dan tak boleh jangka. Mungkin nampak melucukan tapi kdg2 benda yg lucu itulah yg melekakan orang ramai lantas mempercayainya. Begitulah diumpamakan dalam kes PM Najib diriwayatkan. Kerabat Saudi Arabia derma RM2.6b, masuk akaun sendiri, bila rakyat pertikaikan mengapa begitu banyak Najib dpt derma dan utk apa tujuan, mulalah diberi alasan pd mulanya utk kegunaan politik UMNO menghadapi PRU 13. Bila dah didesak derma tu cuma diguna sebanyak RM570juta.Itupun setelah lebih 2 thn berlalu. Dan bila disiasat dan disiasat oleh SPRM ,dan kertas siasatan diteliti oleh AG, tiba2 AG kata wang derma Najib dah pulangkan kpd si penderma sebanyak RM.2.08b, maknanya hanya sedikit digunakan dan selebihnya dah dipulangkan. Mmg pelik kenyataan yg dibuat oleh AG. Boleh percayai ke ? Hebat betul lakonan PM dan AG.menggunakan undang2 untuk menyelamatkan diri masing2.. Sebenarnya mereka belum selamat dan tidak boleh lari berdepan dengan kebenaran !
No comments:
Post a Comment