EHSAN Abdulaziz, 46, terlepas dari tuduhan merogol selepas mendakwa 'kemasukan' ke atas alat sulit mangsa tidak disengajakan akibat dia tersembam ke atas mangsa.
Jutawan hartanah itu dituduh merogol seorang gadis berusia 18 tahun ketika mangsa tidur di sofa pangsapuri Abdulaziz di Maida Vale, barat London.
Ketika perbicaraan di Southwark Crown Court, Abdulaziz menjelaskan dia telah terjatuh dan menghempap mangsa.
Pada 7 Ogos 2014, mangsa dan rakannya yang berusia 24 tahun bertemu dengan Abdulaziz itu di kelab Circ le Soir dan pulang bersama jutawan itu ke kediamanya. Mangsa kemudiannya tidur di sofa sementara rakannya mengadakan hubungan seks dengan Abdulaziz di bilik tidur.
“Mangsa bangun dan mendapati tertuduh sedang menciumnya sambil kemaluan tertuduh berada di dalam kemaluan mangsa,” jelas pendakwaraya Jonathan Davies.
“Kata mangsa: Apa yang awak buat? Dan kata tertuduh, tidak mengapa, sambil memberi isyarat bahawa rakan mangsa masih tidur. Mangsa kemudian bangun untuk mendapatkan rakannya, cuba mengejutkan rakannya namun gagal. Seterusnya mangsa cuba meninggalkan apartmen itu,” tambah Davies.
Abdulaziz, walau bagaimanapun, mendakwa dia datang untuk memberikan kemeja-t dan bertanya sekiranya mangsa memerlukan teksi. Dia menambah, mangsa bertindak menggoda dan menariknya agar tubuh mereka bertindihan.
“Saya tidak berdaya, saya jatuh namun tidak apa-apa yang berlaku antara saya dan gadis itu,” tegasnya lagi.
Jutawan itu turut memberitahu mahkamah bahawa kesan air mani yang dijumpai pada mangsa mungkin sisa dari hubungan seksnya sebelum itu. Kemaluannya mungkin terkeluar dari seluar dalam ketika dia mendekati mangsa dan kemasukan berlaku apabila dia terjatuh.
Ketika perbicaraan, menurutDaily Mail, hakim Martin Griffiths membenarkan Abdulaziz memberikan kenyataan secara tertutup.
Juri mengumumkan keputusan tidak bersalah selepas sesi pertimbangan selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment