Wednesday 16 December 2015

BERITA  |  MALAYSIA

Uber, Grabcar mungkin dibenarkan beroperasi secara sah

Uber, Grabcar mungkin dibenarkan beroperasi secara sah
Antara syarat yang perlu dipatuhi pemandu kereta sapu Uber adalah mereka perlu didaftarkan dan memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV). - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pengusaha kereta sapu profesional, Uber dan Grabcar untuk beroperasi secara sah di negara ini.

Bagaimanapun, perkhidmatan itu dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang akan ditetapkan untuk membolehkan sistem kereta sapu itu beroperasi.

Memetik laporan Berita Harian hari ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi adalah pemandu perlu didaftarkan dan memiliki lesen memandu kenderaan awam (PSV).

Selain itu, kenderaan mereka perlu diperiksa secara berkala dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) serta dilengkapi insurans khas untuk melindungi penumpang.

Aziz dilaporkan berkata, satu rumusan dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas bengkel yang dikendalikan kementerian itu dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diadakan pada masa terdekat.

"Sementara pengumuman dibuat, kerajaan tidak ada sebarang upaya untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana operasinya berkonsepkan perkhidmatan maya.

"Justeru, selepas peraturan diperkenalkan nanti, kawalan dapat dibuat dengan lebih terperinci," kata Abdul Aziz.
Dalam laporan yang sama, Abdul Aziz berkata, SPAD merancang memperkenalkan satu sistem baharu, iaitu teksi mini, yang turut akan diumumkan secara terperinci selepas ia dimuktamadkan kelak.

No comments:

Post a Comment