Friday, 7 August 2015

Kajang : Sembilan 'awang hitam' ditahan polis dalam satu serbuan Op Nyah di Taman Orkid dan Taman Alam Jaya, di sini malam tadi.
Dalam operasi bermula 11.30 malam hingga 1 pagi itu, semua 'awang hitam' terbabit berasal dari Nigeria berusia 20 hingga 50 tahun.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisoner Willy Richard berkata, ketika ditahan ada di antara warga Nigeria terbabit yang cuba melawan namun berjaya ditenagkan anggota polis yang bertugas.
"Mereka ini sering mengganggu dan membuat bising menyebabkan penduduk di kawasan itu membuat aduan kepada kami.
"Kita percaya ada juga di antara mereka terbabit dengan kegiatan jenayah berikutan hidup dalam keadaan mewah tanpa bekerja. Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya selepas tamat operasi terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : 
Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 2:03 AM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68916?m=1#sthash.2IruSgRi.dpuf

No comments:

Post a Comment