Saturday, 23 May 2015



Pihak polis mengesyaki perbuatan kejam memotong dan mengerat bayi 15 bahagian dilakukan akibat terdesak.

Kenyatan itu dibuat sebaik sahaj selepas pihak polis menemui mayat bayi yang dikerat 15 dan ditemui tanpa kepala di dalam tangki kumbahan bangunan flat Kempas Permai, Johor Bahru, semalam.

Kejadian yang kejam ini dipercayai melibatkan lebih dari seorang dan mungkin masih dalam lingkungan umur beralsan tahun

Sampai sekarang pihak polis masih belum dapat memastikan jantina bayi iu dan dipercayai sewaktu mayat itu dijumpai, ia telah berlaku dalam tempoh 48 jam.

Menurut Rakyat Post, memetik kenyataan satu sumber, “suspek, kami percaya merupakan pasangan, mungkin memotong bayi itu bagi membolehkan mereka mengepam badan dalam tandas.”

Kemungkinan kerana terlalu besar untuk dipam, kepalanya tidak ditemui dan mungkin ditanam di tempat lain 

Pihak berkuasa masih mengkaji beberapa petunjuk di mana seorang atau lebih dari seorang suspek dipercayai tinggal di flat kos rendah berkenaan.

Pihak polis telah menyiasat sebuah rumah di Taman Mawar, Pasir Gudang pada jam 9 malam dan seorang wanita berusia 20-an ditahan buat sementara.

Namun, siasatan mendapati kedua-dua wanita itu tidak terlibat atau mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

- See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.com/2015/05/potong-bayi-akibat-terdesak.html?m=1#sthash.m6O5hsgm.dpuf

No comments:

Post a Comment