Kilafairy akui bahawa dia sentiasa diekori individu yang ditugaskan untuk mengikutinya ke mana sahaj dia pergi bagi menjaga keselamatannya. Ini merupakan langkah berjaga-jaga yang mana Kilafairy sentiasa diganggu oleh segelintir peminat yang sentiasa mengikuti dirinya dan menerima mesej-mesej lucah.
“Kila sebenarnya ada kawalan yang ketat sebab papa seorang polis. Jadi, kalau Kila nak ke mana-mana, sebenarnya ada orang yang dihantar papa untuk pantau keselamatan Kila dalam diam-diam tanpa pengetahuan Kila. Insya-Allah, selamat,” kata Kilafairy.
Dalam pada itu juga, Kilafairy menyatakan bahawa dia sekarang lebih berhati-hati dalam memilih gambar-gambar untuk dimuat naik di laman sosial dan juga turut memadam komen-komen lucah dan terus 'block' individu negatif berkenaan.
“Saya lebih berhati-hati dalam pemilihan gambar untuk dimuatnaik. Tentang komen-komen berkenaan, saya ambil langkah padamkan dan block sesiapa yang berbuat demikian. Itu sahaja cara untuk berada di sekeliling orang yang positif”
- See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.com/2015/05/kilafairy-pantau-mesej-lucah-dan-lebih.html?m=1#sthash.xjmoQQXr.dpuf
No comments:
Post a Comment