Sunday, 31 May 2015

KUALA LUMPUR: Impian seorang kanak-kanak lelaki yang menderita penyakit kanser pundi kencing untuk menjadi seorang anggota polis walaupun hanya sehari, akhirnya menjadi kenyataan, pada Jumaat.

Farish Danish Akasha Faudzi, yang disahkan menderita penyakit kanser sejak dua tahun lepas, dapat menzahirkan kegembiraan apabila beliau diberi peluang mengenakan uniform polis biru gelap serta tag nama dengan pangkat Inspektor.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook rasminya berkata hasrat kanak-kanak berkenaan direalisasikan semasa lawatan ringkas sekumpulan 20 pegawai dan anggota polis yang diketuai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), SAC Mohan Singh Tara Singh di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Farish Danish yang bercita-cita menjadi seorang anggota polis turut dibawa menaiki kereta peronda polis (MPV) di sekitar kawasan hospital.

Rabu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melawat kanak-kanak itu di PPUM dan mengatakan pihaknya akan akan mengaturkan masa yang sesuai untuk jadikan Farish Danish sebagai 'Police Officer For A Day'.

PDRM

No comments:

Post a Comment