Thursday, 12 March 2015

Satu kapal terbang yg dinaiki oleh Datin Seri Rosmah, seorang budak berumur 8 thn, Datuk Lee Chong Wei, seorang pemuda genius 20 thn dan seorng Doktor berumur 55thn mengalami kerosakkan dan akan terhempas ke gunung.

Beg payung terjun keselamatan hanya ada 4.

Kata Datuk Lee Chong Wei "Saya seringkali mengharumkan nama negara di mata dunia jd saya tidak boleh mati dahulu. Saya ptt mendapat 1 payung terjun."

Kesemua penumpang bersetuju dan Datuk Lee Chong Wei pun melompat keluar dgn memakai beg payung terjun tersebut.

Pemuda genius jg memberikan alasan yg sama bahawa dia masih muda dan boleh menyumbangkn sesuatu kepada negara di masa akan datang dan dipersetujui utk mendapat 1 lg beg payung terjun tersebut.

Datin Seri Rosmah jg tanpa memberikan alasan terus sahaja mengambil salah satu beg dan terus memakainya sambil berkata "Saya isteri Perdana Menteri dan Wanita Pertama di Malaysia. Saya jg seorang yg amat bijak."

Datin Seri Rosmah kemudiannya melompat keluar dr kapal terbang tersebut.

Jadi yang tertinggal hanya doktor tersebut dan budak berumur 8 thn tersebut.

Doktor tersebut terus berkata "Nak, kau sahaja la yg pakai payung terjun itu. Kau masih muda dan mungkin akan menyumbangkn sesuatu kepada negara. Datuk sudah lama hidup dan akan mati jg sebelum kamu. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu pakai la dan selamatkn diri kamu. Datuk redha dgn takdir ini."

Lantas doktor itu pun memakaikan budak tersebut dgn beg payung terjun yg masih tersisa.

Budak 8 thn pun berkata "Doktor tidak perlu berkorban utk saya. Marilah kita sama2 terjun menyelamatkan diri. Di bawah kerusi itu masih ada 1 lagi beg payung terjun. Saya pun tak taw kenapa makcik td tu pakai beg sekolah saya dan terjun. Mudah-mudahan dia selamat"

No comments:

Post a Comment