IPOH - Umat Islam di negara ini ditegah dan diharamkan menyertai kumpulan militan (IS), kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ini kerana ideologi keganasan dan tindakan mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka.
"Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan zalim.
"Apa yang berlaku dan kita lihat hari ini, kanak-kanak, orang tua dan perempuan yang tidak berdosa disembelih dan tindakan ini sama sekali bertentangan dengan cara Islam.
"Para Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan mereka ini sebagai Khawarij di zaman moden.
"Bahkan, Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan penyelewengan golongan ini serta tidak terpedaya dengan segala propaganda yang dibawa," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya, hari ini.
Harussani menambah, seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.
"Mereka (pengikut IS) tidak dikategorikan sebagai mati syahid kerana pertubuhan ini menentang orang Islam dan membunuh orang Islam sendiri.
"Rakyat Malaysia yang pergi ke sana dengan niat untuk berjihad juga akan jadi sia-sia sahaja kerana tujuan IS ini bercanggah dengan tujuan Islam, jadi ia haram di sisi syarak dan mati mereka mati katak," katanya.

No comments:
Post a Comment