Tuesday, 24 February 2015

Utk renungan kita bersama
Subuh 24/2/2015 Selasa

Mengapa beri sisa kepada Allah?

Kadang-kadang dalam kesibukan kita hanya memberikan sisa-sisa kita shj (ie masa, tenaga dan keinginan) kepada Allah SWT. Bukan yang berkualiti kita persembahkan kepada-Nya.

Kita siapkan tugasan kita dahulu, kita tengok tv dahulu, kita habiskan perbincangan dahulu, mesyuarat dahulu. Kita anggap itu amat penting. Selepas itu barulah kita nak solat.

Dalam masa yang tersisa itupun kita masih berkira-kira dengan Allah. Nak duduk berzikirpun rasa cukup berat, nafsu rasa berat, kita rasa nak cepat saja.

Itulah nilai yang kita sembahkan kepada-Nya sedangkan Dialah yang mencipta dan menentukan ke mana kita nanti.

No comments:

Post a Comment