Monday 23 February 2015

Khalifah tiada. Adakah kita perlu membina jemaah untuk mengembalikan khilafah? Demi Allah Nabi tidak langsung menyuruh kita berbuat demikian. Bahkan Nabi menyebut: Lari dan terus Lari! Namun realiti hari ini menyaksikan ada kelompok yang menyatakan “Tidak”! kerana kita punya upaya dan kekuatan. Sedang Nabi berkata “ Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah “.
Mereka berkata lagi “ Kami mampu mengembalikan khilafah”.

Sedang Allah berfirman:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
26. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Mereka berkata : Kami akan mengembalikan kuasa untuk diri kami! Namun mereka gagal sejak 80 tahun dahulu.

Kejatuhan khilafah adalah pada 6 Mac 1924. Sebelum itu, khilafah sebenarnya telah jatuh, pada 1922, pada ketika itu, khilafah telah secara rasmi terpisah dari sistem pemerintahan. Manakala pada 1924, diisytihar pula secara rasmi pemansuhan khilafah secara keseluruhannya atas sebab ianya seratus peratus datang dari ajaran agama. Maka merdekalah Turki dengan sendiri dan berakhir khilafah buat pertama kali dalam sejarah Islam.

Mari kita bertanya kepada Rasulullah:
Adakah kita sekarang ini dalam hal biasa atau hal terkecuali?
Nabi pasti akan berkata : Kamu sekarang berada pada hal terkecuali! Kerana ianya tidak pernah berlaku sejak kebangkitan Rasul sehingga hari ini.

Wahai Rasulullah apakah nasihat kamu buat kami?

Nabi akan menjawab: Lari dan terus lari!

Kata mereka: Tidak! Mari kita mengasaskan jemaah dan lakukan amar ma’ruf nahi mungkar.. kemudian mereka memperindahkan seruan dan memaniskan kata-kata. Sedang kita sepatutnya berkata:

Aku tiada kaitan dengan mereka, tiada kaitan dengan realiti dan seluruh alam. Kaitan aku hanya dengan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Sallam!

Rasulullah tidak langsung menyuruh kita membina puak, atau membeli senjata dari Amerika untuk digunakan bagi membunuh umat Islam, dan dengan itu memburukkan imej Islam di mata dunia. Kita sedang hidup dalam dunia fitnah sejak 80 tahun yang lalu. Al Azhar menyeru kita untuk bertaqwa kepada Allah,

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ (204) وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ (205) وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ ۚ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ (206) وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ (207) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (208(

204. dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

205. kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.

206. dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah Engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya Dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan Demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat ti

No comments:

Post a Comment