Wednesday, 15 October 2014
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes
Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara
BISNES
Perodua: RM6j bagi khidmat lepas jualan di UK
March 14, 2014
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)
PERODUA akan mengagihkan dana operasi bernilai £1.2 juta (RM6 juta) selama lapan tahun kepada pengedarnya di United Kingdom, Perodua UK Ltd, bagi meneruskan perkhidamatan lepas jualannya di sana.
Perkhidmatan lepas jualan termasuk memastikan adanya alat ganti, jaminan lepas jualan dan perkhidmatan penyenggaraan biasa kenderaan, demikian menurut pengeluar kereta nasional kedua itu dalam satu kenyataan hari ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata langkah itu bagi memberi jaminan kepada pelanggannya di United Kingdom bahawa Perodua kekal komited dalam menyokong mereka dan rakan kongsinya.
Beliau berkata Perodua akan mengedarkan £1.2 juta dalam ansuran kepada Perodua UK setiap suku tahun sehingga akhir 2020.
Perodua mula mengeksport ke United Kingdom pada 1998 dan telah menjual hampir 13,000 kenderaan sehingga kini, daripada Kancil, yang dikenali sebagai "Nippa" di United Kingdom, Perodua Kelisa, Perodua Kenari dan Perodua Myvi.
Pada masa ini, Perodua UK mempunyai 55 wakil penyenggaraan di United Kingdom, yang terletak di England, Wales, Scotland, Ireland Utara dan Channel Islands. - Bernama
Kongsi berita ini:
Share on facebook Share on twitter
Artikel Berkaitan
No comments:
Post a Comment